28 Februari 2010

Perlawanan Bowling Masjid Manbaeil Uloom


28 feb. 2010, AJK Masjid Manbaeil Uloom telah mengadakan pertandingan bowling bagi khairiah masjid di Plaza South City di Seri Kembangan. Sebanyak 13 pasukan telah menyertai pertandingan ini. PPPBCJ telah menghantar 5 lima pasukan bagi memeriahkan pertandingan ini. Pasukan dari Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya Fasa Satu telah menjadi juara. Manakala satu daripada pasukan PPPBCJ yang terdiri dari Ibrahim, Hasni, Saiful dan Rashid telah menduduki tempat kedua dengan jatuhan pin sebanyak 2098. Tempat Ketiga dimenangi oleh Guru-guru SRJK Cheras Jaya. Hadiah telah disampaikan oleh Nazir Masjid, Tuan Haji Azman bin Idris.

27 Februari 2010

Maulidur Rasul 2010 Masjid Manbaeil Uloom meriah.


Majlis menyambut Maulidur Rasul Peringkat khairiah Masjid Manbaeil Uloom 1431H/2010 telah diadakan pada 26 feb 2010. Majlis disambut meriah dengan penyertaan lebih 300 ahli khairiah sekitar masjid. Perarakan bermula dari masjid dan berjalan sekitar kawasan Taman Cheras jaya dan kembali semula ke masjid.PPPBCJ juga tidak ketinggalan turut menyertai perarakan ini dengan tema 'Ummah Berkualiti Tuntutan Islam'. Sambutan ini dimeriahkan juga dengan nyanyian nasyid selain selawat nabi.

24 Februari 2010

Hari Keluarga PPPBCJ 2010 di Felda Residence Hot Spring Sg Klah Sungkai


Selepas berkunjung ke rumah En. Davd Teo semperna Tahun Baru Cina, peserta Hari Keluarga bersama-sama konvoi menuju ke Felda Residence Hot Spring Sg Klah Sungkai untuk menjayakan Hari Keluarga PPPBCJ 2010. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di tempat berkenaan.




Setibanya di Felda Residence, kami buat pendaftaran penginapan. Sebelah petang adalah aktiviti bebas. Ada yang menaiki tram mengelilingi kawasan hotel, ada yang berehat di bilik hotel. Ada yang pergi ke kolam air panas untuk mandi manda, berendam dalam jacuzzi, merebus telus kerana tempat ini terkenal dengan air panas. Terdapat juga kolam mandi yang besar di mana sumber air nya dari gunung.



Disebelah malam, kami menikmati makan malam dengan hidangan BBQ. Majlis ini diceriakan dengan cabutan bertuah. Encik Shahrul sungguh bertuah kerana memenangi dua baucer penginapan di Felda Residence Kuala Terengganu dan Felda Residence Sahabat, Lahat Datu, Sabah. Baucer ini adalah sumbangan daripada Felda.




Keesokan hari nya, selepas sarapan pagi, kami mengadakan senaman ringan diketuai oleh Encik Zaini. Selepas senaman ini barulah aktiviti Hari Keluarga dijalankan. Acara kemuncak adalah acara memanah dimana kumpulan Kuning telah menjadi juara.


Selepas makan tengahari, kami berangkat pulang ke taman kediaman kami. Pihak JK Hari Keluarga 2010 mengucpkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dalam menjayakan hari keluarga kita.


Diharap kita bersama-sama PPPBCJ dapat menjayakan hari keluarga di tahun hadapan dengan lebih ramai penyertaan ahli.

22 Februari 2010

PPPBCJ ke Rumah Encik David Teo semperna Tahun Baru Cina 2010

Pada 20 Februari 2010, PPPBCJ telah berkunjung ke rumah Encik David Teo Chew Huat (Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG)) di Bukit Rimau, Shah Alam semperna sambutan Tahun Baru Cina 2010. Kunjungan ini adalah atas jemputan Encik David yang juga merupakan ahli PPPBCJ.




Pihak PPPBCJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik David di atas jemputan dan juga sumbangan kepada PPPBCJ. Semoga Encik David berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Selepas itu semua ahli PPPBCJ bersama-sama berkonvoi ke Hot Springs SG, Klah di Sungkai bagi menjayakan Hari Keluarga PPPBCJ 2010.