18 Oktober 2010

Majlis Perkahwinan Anak Encik Zamri

17 Oktober 2010. Encik Zamri (Fasa 5) telah mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki beliau di Dewan Muslimin, Masjid Kuala Lumpur, Jalan Duta. Beberapa ahli PPPBCJ telah menghadiri bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga pasangan pengantin hidup bahagia hingga ke akhir hayat.



12 Oktober 2010

Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010

10 Okt 2010. Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mengadakan Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010. Disamping menyambut perayaan aidilfitri, majlis ini juga bertujuan dijadikan satu medan pertemuan dikalangan penduduk agar dapat kenal-mengenali antara satu sama yang lain dan mengeratkan lagi semangat setia kawaan.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi PPPBCJ. Selepas itu semua hadirin dan jemputan berjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh persatuan.


Semasa menikmati juadah makanan yang disediakan, klip video korporat PPPBCJ ditayangkan untuk tonton para hadiri bagi mengimbau kenangan aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006 hingga sekarang.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara menguji minda. Bagi mereka yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan, satu hamper hadiah akan diberi. Sebanyak 20 hamper telah disediakan untuk tujuan ini.


Disamping itu juga, pihak persatuan telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak ahli yang berumur 12 tahun dan kebawah.


Dipenghujung majlis, beberapa ahli sudi menonjolkan bakat terpendam mereka dengan berkaraoke beberapa lagu.
 


Pihak Persatuan mengucapkan berjutaan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir dan pihak persatuan juga ingin memohon maaf sekiranya majlis tersebut terdapat kekurangan atau tidak memuaskan. Bagi semua AJK Program dan tenaga kerja, pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih keatas keringat tuan-tuan, semoga Allah dapat membalasnya.

Lagi gambar disini[Klik]

05 Oktober 2010

Jemputan Majlis Jamuan Muhibbah Aidilfitri 2010

Semua Ahli PPPBCJ,

Semua Penduduk Fasa 2A, Fasa 2B, Fasa 3
dan Pusat Bandar Cheras Jaya
Taman Cheras Jaya



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPPBCJ akan mengadakan Majlis Jamuan Muhibbah sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh        :  Ahad  10 Oktober 2010

Masa         :  8.30 malam - 11.00 malam

Tempat      :  Padang Permainan Fasa 2B

Pengarah Program serta AJK dengan berbesar hati menjemput pihak Tuan dan keluarga untuk hadir bagi menyerikan lagi majlis ini.