11 April 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10 PPPBCJ


Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 PPPBCJ telah diadakan pada hari Ahad 3 April 2011 bertempat di Padang Fasa 2B. Mesyuarat ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.15 pagi. Perjalanan mesyuarat ini telah dicatit oleh pencatit Encik Mat Zin bin Hussain.

Agenda Mesyuarat Agung seperti berikut :
Agenda 1 :  Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-9.
Agenda 2 :  Meluluskan Laporan Aktiviti Bagi Sesi 2009/2010
Agenda 3 :  Meluluskan Laporan Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010
Agenda 4 :  Pembubaran Jawatankuasa 2010/2011
Agenda 5 :  Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru Bagi Sesi 2011/2013
Agenda 6 : Pemilihan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
Agenda 7 : Membentang dan Meluluskan Usul
Agenda 8 :  Ucapan Penangguhan

Beberapa syor telah diutarakan oleh ahli agar aktiviti persatuan tidak tertumpu kepada aktiviti sukan tetapi hendaklah diperluaskan agar penyertaan menyeluruh daripada ahli dan penduduk dapat dilibatkan seperti Gotong-royong Perdana.

Beberapa persoalan telah diajukan berkaitan pengurusan Pasar Malam, Tuan Bendahari telah menjelaskan berhubung kutipan, bayaran dan pemberian saguhati kepada dua petugas. Laporan Kewangan ini telah diluluskan  setelah penjelasan tersebut.

Pembubaran Jawatankuasa 2010/2011 telah diumumkan oleh Pengerusi PPPBCJ dan ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik Encik Zulkipli Othman sebagai pengerusi pemilihan. Pemilihan telah dilaksanakan dengan teratur dan semangat harmoni. Setelah semua cadangan dan pemilihan dibuat, berikut adalah senarai Jawatankuasa baru bagi sesi 2011/2013;

1. Pengerusi                : Tuan Haji Azman bin Haji Idris  (Menang tanpa bertanding)
2. Tim. Pengerusi        : Datuk Mustapa bin Mat Yasin
3. Setiausaha              : Encik Mohamad Ibrahim bin Ghazali
4. Pen. Setiausaha      : Encik Mat Zin bin Hussain
5. Bendahari                : Tuan Haji Aminuddin bin Abdullah @ Zainal
6. Ahli Jawatankuasa (AJK) :  a.  Encik Jamal Khir bin Hashim
                                                b.  Encik Sharji bin Jasi Khan
                                                c.  Encik Zulkarnain bin Zainal
                                                d.  Encik Norizan bin Besar
                                                e.  Encik Zamri bin Tahir
                                                f.   Puan Hajah Aminah
                                                g.  Puan Hajah Syarifah Rofeah (Lantikan tambahan)

7. Pemeriksa Kira-kira :  a. Tuan Haji Wahi bin Ahmad
                                        b. Encik Mohd Khir Abdullah.


Mesyuarat Agung ini tidak menerima sebarang usul untuk dibentang. Sebelum akhiri mesyuarat, ucapan penangguhan telah dibuat oleh Encik Ashaari dengan ucapan terima kasih khusus kepada YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan Encik David Teo yang telah memberi sumbangan besar dalam menjayakan program-program anjuran PPPBCJ. 

Kawasan Taman Cheras Jaya dijadikan taman dalam taman agar melahirkan keindahan, ketenteraman dan keharmonian disyorkan oleh Tuan Haji Wahi manakala Encik Mohd Radzi Abdullah meminta pihak PPPBCJ memohon kepada pihak MPKj agar menangani masalah pembuangan sampah lebih tegas dan berkesan. 

Pengerusi baru, Tuan Haji Azman mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan tahniah kepada barisan AJK baru dipilih/dilantik agar semua pihak dapat bekerjasama menjayakan hasrat dan matlamat PPPBCJ.

Klik untuk lihat gambar-gambar lain...