26 September 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPPBCJ 2011

Klip Video

Lihat gambar-gambar lagi ... (sila klik)

25 Sep 2011 bersamaa 27 Syawal 1432H, PPPBCJ telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Padang Permainan Fasa 2B, bermula jam 12.00 tenghari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Majlis ini talah diurus dengan baik oleh Pengarah Program, Saudara M.Ibrahim Ghazali dan dibantu oleh AJK yang lain.


Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan Syawal bersama-sama ahli persatuan dan penduduk Taman Cheras Jaya. Disamping itu juga, majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, membina suasana harmoni dan perpaduan sesama warga penduduk Taman Cheras Jaya serta sekitarnya.




Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Iman Masjid Taman Cheras Jaya, Tuan Ahmad Fauzi bin Dahalan kemudian disusuli oleh ucapan oleh Tuan Pengerusi PPPBCJ, Tuan Haji Azman bin Idris.


Terdapat pelbagai menu yang telah disediakan iaitu Nasi Minyak Hujan Panas dan Sate serta kuih-muih  yang dibawa oleh warga penduduk.Terdapat juga aiskrim yang disumbangkan oleh Syarikat Polar Aiskrim.


Majlis ini diserikan dengan cabutan bertuah untuk 10 hadiah hamper yang disediakan oleh PPPBCJ. Hadiah hamper telah disampaikan oleh pengerusi dan timbalan penegrusi. PPPBCJ juga memberi sumbangan Duit Raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.



Bagi pihak PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli dan penduduk yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pihak PPPCBJ juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang,  orang perseorangan yang berkerja keras menjayakan majlis ini. Sumbangan bakti tuan-tuan sangat berharga buat PPPBCJ. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Lihat gambar-gambar lagi ... (sila klik)

.

21 September 2011

Jemputan ke Majlis Sambutan Aidil Fitri


Dengan segala hormatnya adalah dijemput Semua Ahli PPPBCJ dan penduduk Taman Cheras Jaya dan sekitarnya  ke :

MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI PPPBCJ

Tarikh : AHAD - 25 SEPTEMBER 2011

Masa  :  12.00 Tengahari hingga 2.00 Petang

Tempat : Padang Permainan Fasa 2B


Semoga hehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis ini dan bagi pihak AJK PPPBCJ, kami mengucapkan jutaan terima kasih.

20 September 2011

OPEN HOUSE di PPPBCJ

"Rumah terbuka" atau "Open House" telah menjadi tradisi untuk menjemput saudara-mara dan sahabat-andai berkunjung ke rumah untuk sama-sama menyambut hari raya. Penduduk Taman Cheras Jaya tidak terlepas untuk mengadakan Rumah terbuka ini. Ini merupakan salah-satu tujuan untuk mengeratkan lagi persaudaraan dan persahabatn kita

Namun kesempatan ini,  AJK PPPBCJ mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua Ahli dan Penduduk Taman Cheras Jaya, Pusat Bandar Cheras Jaya. Kami juga ingin memohon beribu ampun dan maaf ke atas segala kesalahan kami atau apa-apa jua yang tidak memuaskan hati tuan/puan, maaf Zahir dan Batin.

Berikut sempat dirakam majlis Rumah Terbuka di Taman Cheras Jaya:

1. Pada 15 Sep 2011- Rumah Terbuka Encik Mahmud dan Sambutan Hari Lahir Encik Shahrul

2.  Pada 16 Sep 2011 - Rumah Terbuka Hj. Azman Idris




3. Pada 17 Sep 2011- Rumah Terbuka Encik Mohammad Ashari



4. Pada 18 Sep 2011- Rumah Terbuka Encik Jamal Khir


Semoga Allah memurahkan rezeki tuan/puan yang mengadakan Rumah Terbuka.