12 Julai 2012

Bacaan Yasiin dan Doa Selamat di Rumah Hj. Hamdan

 

Bacaan Yasiin dan Doa Selamat telah diadakan di Rumah Tuan Haji Hamdan pada 01 Julai 2012 selpas Solat Zohor.

Doa Selamat di Rumah Tuan Haji Nazri dan Hajjah Aminah


01 Julai 2012, Satu Majlis Bacaan Yasiin dan Doa Selamat telah diadakan di rumah Tuan Hj. Nazri dan Puan Hajjah Aminah. Majlis Bacaan Yasiin dan Doa Selamat oleh kumpulan wanita telah diadakan selepas Solat Zohor manakala Doa Selamat oleh kumpulan lelaki diadakan selepas Solat Asar. Tuan Hj. Nazri baru sahaja pulang bercuti dari bertugas di Negara Iraq. Semoga Tuan Hj. Nazri dan Puan Hajjah Aminah sekeluarga dimakbulkan doa dan Tuan Hj. Nazri berada dalam keadaan selamat dan mudah dalam semua urusan diperantauan nanti.



Bacaan Yasiin dan Doa Selamat di Rumah Tuan Hj Ali.


Pada 30 Jun 2012, selepas solat Isyak, Majlis Bacaan Yasiin dan Doa Selamat telah diadakan di rumah Tuan Haji Ali. Tuan Hj. Ali Mohamad bin Ismail dan sekeluarga akan berpindah dan menetap di Baling, Kedah.

Pihak PPPBCJ mewakili ahli dan penduduk Taman Cheras Jaya memohon maaf sekiranya terdapat silap dan salah terhadap Tuan Haji dan Keluarga. Semoga Tuan Haji sekeluarga dapat meneruskan suasana di kediaman baru dengan selamat, aman dan selesa di Baling, Kedah. Semoga persahabatan kita berkekalan walaupun berjauhan tempat tinggal.