8-14 Ogos 2011 merupakan hari giliran PPPBCJ mengurus dan menyediakan Jamuan Moreh untuk Masjid Taman Cheras Jaya semperna bulan Ramadhan kali ini. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan persatuan setiap kali tiba bulan Ramadhan. Perbelanjaan untuk jamuan ini adalah sebahagian besar adalah kutipan sumbangan ikhlas dari ahli-ahli PPPBCJ yang bermurah hati disamping sebagai tuntutan ibadah.
Disamping itu juga, PPPBCJ mengurus dan menyediakan Jamuan Berbuka Puasa pada 13 Ogos 2011 kepada Fakir Miskin dan Anak-anak Yatim semperna aktiviti masjid menyerahkan sumbangan keperluan Hari Raya Aidil Fitri kepada mereka.
Pilihan menu untuk Jamuan Moreh telah diputuskan dalam perbincangan AJK yang hadir pada 3 Ogos 2011 lepas. Menu Jamuan Moreh adalah seperti berikut :
Jamuan Moreh
8 Ogos 2011 - Nasi Lemak bungkus
9 Ogos 2011 - Laksa
10 Ogos 2011 - Mi Hoon Goreng
11 Ogos 2011 - Sup bersama Roti
12 Ogos 2011 - Capati berserta Kari Daging
13 Ogos 2011 - Bubur Kacang
14 Ogos 2011 - Sup bersama Roti
Jamuan Berbuka Puasa
13 Ogos 2011 - Nasi Arab/Nasi Briyani
Suasana Malam Jamuan Moreh