17 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H/2012


Orang yang jauh dilupa jangan, 
Yang dekat berkunjung-kunjungan. 

 Semoga hari lebaran memberi makna dan keceriaan. 

 Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PPPBCJ mengucapkan 

 SELAMAT HARI RAYA 
AIDILFITRI 1433H/2012 
 MAAF ZAHIR BATIN 

 kepada 
Semua Ahli dan Penduduk Taman Cheras Jaya.


05 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa di MTCJ


Hari ini 15 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2012, PPPBCJ telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Taman Cheras Jaya.


Menu yang disediakan adalah Nasi Briyani dengan Kurma Daging, Ayam Masak Merah, Acar Rampai dan Buah-buahan. Nasi Briyani serta lauk telah masak oleh Chef kita, Hj. Aminuddin...sungguh sedap.


Majlis berbuka, dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam 1, Imam Ahmad Fauzi. Semoga mendapat keberkatan. Amin.


Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Suasana majlis.





Jamuan ini adalah sumbanagn daripada Ahli-ahli PPPBCJ dan Penduduk Taman Cheras Jaya Fasa 2B dan 3. Pihak PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih ke atas sumbangan ikhlas semua.

.

01 Ogos 2012

MOREH 1433H/2012



Alhamdulillah .. nikmat sungguh jamuan moreh di masjid .. meriah je suasana .. selain dapat mengimarahkan lagi solat di masjid sepanjang bulan ramadhan ini ...

PPPBCJ telah menaja Jamuan Moreh bermula malam 31/7/2012 hingga 5 Ogos 2012 dan Jamuan Berbuka Puasa pada Sabtu 4 Ogos 2012 di Masjid Taman Cheras Jaya bagi Ramadhan 1433H.

Kepada penyumbang-penyumbang serta ahli-ahli yang mengurus atur Jamuan Berbuka Puasa dan Jamuan Moreh 1433H/2012, Pihak PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas sumbangan tuan/puan itu mendapat pahala berlipat ganda.