19 Julai 2013

Perbincangan Akhir Program Berbuka Puasa dan Moreh 2013


 
17 Julai 2013, AJK PPPBCJ mengadakan perbicangan akhir persediaan program berbuka puasa dan moreh anjuran PPPBCJ di Masjid Taman Cheras Jaya. Perbincangan ini telah diadakan di masjid selepas Solat Tarawih.
 
 
Keputusan perbincangan, pihak persatuan bersetuju mengadakan jamuan berbuka puasa pada 25 Julai 2013 dan 27 Julai 2013 dan Jamuan Moreh pada 22- 28 Julai 2013.
 
Pada 25 Julai 2013, pihak persatuan bersetuju menyediakan jamuan berbuka puasa bagi program bacaan yaasin dan doa untuk kejayaan anak kariah dalam peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, SPM dan STAM. Program ini adalah kerjasama antara PPPBCJ, Biro Pendidikan dan Dakwah MTCJ, PIBG (SK Cheras Jaya dan SMK Cheras Jaya) dan Kelas Integrasi Manbaeil-Uloom (KIMU).
 
 
Menu dipersetujui seperti berikut :
 
A. Berbuka Puasa :
     25 Julai 2013 - Nasi Briyani (250 orang)
     27 Julai 2013 - Nasi Briyani (100 orang)
 
B. Jamuan Moreh (350 orang) :
    22 Julai 2013  - Sup Daging+Tulang, Roti
    23 Julai 2013  - Mi Kari
    24 Julai 2013  - Laksa
    25 Julai 2013  - Mi Hoon Singapore
    26 Julai 2013  - Sandwich
    27 Julai 2013  - Mi Goreng
    28 Julai 2013  - Sup Daging+Tulang, Roti 
 
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan. Semoga program berbuka puasa dan moreh PPPBCJ berjalan lancar dan diberkati Allah.
  

15 Julai 2013

KUTIPAN SUMBANGAN MOREH 2013


Program jamuan moreh dan berbuka puasa adalah agenda tetap setiap tahun PPPBCJ dalam menjayakan aktiviti Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ). Pada 6, 7 dan 14 Julai 2013, beberapa AJK PPPBCJ telah melaksana tanggungjawab mengutip sumbangan moreh dan jamuan berbuka puasa bagi Ramadhan 1434H kali ini.
 
Alhamdulillah, sumbangan ahli dan penduduk Taman Chera Jaya amat memberangsangkan, pihak AJK PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih ke atas sumbangan yang diberi. Semoga sumbangan anda merupakan satu ibadah dan mendapat pahala daripada Allah S.W.T. Pihak AJK akan mengurus dan membelanjakan sumbangan untuk jamuan tersebut dengan sebaiknya.
 
Pihak PPPBCJ menganjurkan jamuan moreh pada malam 22-28 Julai 2013 dan jamuan berbuka puasa pada hari Ahad 28 Julai 2013. Diharap semua ahli dan penduduk Taman Cheras Jaya dapat menghadiri, membantu dan memeriahkan program disamping menunaikan tanggungjawab melaksanakan solat berjemaah dan solat tarawih di MTCJ.
 
Selamat Berpuasa.
 
 
 
 
 

11 Julai 2013

PEMBENTANGAN LAPORAN DI MPKj - Pertandingan Kecerian Taman

 
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah menghadiri satu majlis pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Penilaian pertandingan keindahan taman anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di MPKj pada 9 Julai 2013.
 
Pengerusi PPPBCJ, Encik Mohamad Ibrahim mewakili PPPBCJ telah membentangkan dan menyampaikan taklimat berkaitan PPPBCJ,  Program dan Aktiviti PPPBCJ dalam usaha menceriakan dan mengindahkan kawasan Taman Cheras Jaya.
 
 
Sebanyak 10 wakil persatuan penduduk hadir pada ketika itu. Semoga PPPBCJ berjaya memenangi salah satu hadiah yang disediakan.