08 November 2011

Qurban 1432H


10 Zulhijjah 1432H bersamaan 6 November 2011, PPPBCJ turut serta majlis qurban dan aqiqah Masjid Taman Cheras Jaya. Seekor lembu sumbangan MIG kepada PPPBCJ telah disembelih diperkarangan masjid oleh bilal Haji Nazri. Beberapa ahli serta penduduk telah membantu melapah daging tersebut. Daging ini telah dibahagi-bahagikan kepada mereka yang melapah dan penduduk yang hadir dimasjid.


PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyempurnakan sembelihan lembu ini. Terima kasih juga kepada Encik David Teo dari MIG yang tidak ketinggalan menyumbang lembu kepada PPPBCJ setiap kali hari raya Qurban.


02 November 2011

Karnival Jemputan Bowling PPPBCJ 2011

Klip Video

PPPBCJ. telah mengadakan KARNIVAL JEMPUTAN BOWLING PPPBCJ 2011 pada 30 Oktober 2011 di Ampang SuperBowl, Metro Point, Kajang. Karnival ini terbuka kepada penduduk,individu atau mereka yang bekerja di Taman Cheras Jaya dan Pusat Bandar Cheras Jaya.Karnival ini telah mendapat sambutan yang menggalakan. Sebanyak 19 pasukan menyertai karnival ini yang terdiri 16 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita. Karnval ini bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.




Keputusan Pertandingan

Pasukan Lelaki
Kumpulan Game 1 Game 2 Game 3 Jumlah Kedudukan
SRKCJ-1 458 553 518 1529 4
PPPBCJ-A 595 605 519 1719 2
FASA-1(B) 515 539 455 1507 5
PPPBCJ-B 359 386 431 1176 14
FASA-5 525 457 448 1430 6
PPPBCJ-C 438 428 459 1325 9
SMKCJ 385 413 420 1218 12
MTCJ 392 402 451 1245 11
FASA-7 570 526 547 1643 3
PASTI 423 479 471 1373 8
KAFA 369 379 354 1102 16
PPPBCJ-D 445 485 492 1422 7
SRKCJ-2 398 438 434 1270 10
PPPBCJ-E 360 408 450 1218 13
FASA-1(A) 587 694 706 1987 1
PPPBCJ-F 385 375 352 1112 15

Pasukan Wanita
Kumpulan Game 1 Game 2 Game 3 Jumlah Kedudukan
Gourp-1 481 441 457 1379 2
Group-2 495 526 476 1497 1
Group-3 367 375 420 1162 3




Keputusan pertandingan bowling seperti berikut:

KATEGORI WANITA INDIVIDU
Kategori Wanita
Individu
JOHAN

Jatuhan Pin
420
Pemenang
NORBAHIYAH 
BINTI DAUD

Group-2
Kategori Wanita
Individu
NAIB JOHAN

Jatuhan Pin
418
Pemenang
ALIFAH BINTI
MOHAMAD

Group-1
Kategori Wanita
Individu
KETIGA

Jatuhan Pin
381
Pemenang
DR. ROSENIZA

Group-2


KATEGORI LELAKI INDIVIDU
Kategori Lelaki
Individu
JOHAN

Jatuhan Pin
593
Pemenang
MOHD ARIS

FASA-1 (A)
Kategori Lelaki
Individu
NAIB JOHAN

Jatuhan Pin
500
Pemenang
SHAHRUL NIZAM

FASA-1 (A)
Kategori Wanita
Individu
KETIGA

Jatuhan Pin
483
Pemenang
SHAHRUL AZMAN

FASA-1 (A)
-

KATEGORI WANITA BERPASUKAN
Kategori Wanita
Berpasukan
JOHAN

Jatuhan Pin
1407
Pemenang
1. NORBAHIYAH 
BINTI DAUD
2. DR. ROSENIZA
3. LIANA MUNIRAH 
BINTI ZAMRI

Group-2
Kategori Wanita
Berpasukan
NAIB JOHAN

Jatuhan Pin
1370
Pemenang
1. ALIFAH BINTI
MOHAMAD
2. DR. ROSENIZA
3. LIANA MUNIRAH 
BINTI ZAMRI

Group-1
Kategori Wanita
Berpasukan
KETIGA

Jatuhan Pin>
1162
Pemenang
1, MARHAIDA
2. DILLA BINTI
AHMAD DALIL
3. ZAHARAH GHAZALI 
3. NURUL HAZELYNA AMINUDDIN

Group-3


KATEGORI LELAKI BERPASUKAN
Kategori Lelaki
Berpasukan
JOHAN

Jatuhan Pin

1987
Pemenang
1. SHAHRUL NIZAM
2. SHAHRUL AZMAN
3. MOHD ARIS
4. MOHD SYAHIR

FASA 1 (A)
Kategori Lelaki
Berpasukan
NAIB JOHAN

Jatuhan Pin
1718
Pemenang
1. ASNI
2. RASHID
3. IBRAHIM
4. SAIFUL

PPPBCJ-A
Kategori Wanita
Berpasukan
KETIGA

Jatuhan Pin
1643
Pemenang
1. HEKMI
2. RAHMAN
3. NIZAH
4. NORHISHAM

FASA-7
-
Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi, Tuan Haji Azman dan Timbalan Pengerusi, Datuk Mustapa. Tahniah kepada semua pemenang. Diharap karnival ini dapat diadakan pada tahun hadapan. Bersukan eratkan persahabatan.



09 Oktober 2011

Mesyuarat PPPBCJ 05 Okt 2011


Pada 5 Oktober 2011, PPPBCJ telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan post-mortem perjalanan majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011 dan perancangan mengadakan Perlawanan Bowling Terbuka PPPBCJ di Restoran Macam-macam Ada.


Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah berjalan lancar pada 25 September 2011. Segala agenda telah diuruskan dengan baik. Kos perbelanjaan yang dianggarkan mencukupi mengikut bajet yang telah diputuskan sebelum ini.


Perlawanan Bowling Terbuka PPPBCJ akan diadakan pada hari Ahad 30 Oktober 2011 bertempat Ampang Superbowl di Komplek Metro Point, Kajang. Pengumuman dan iklan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

26 September 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPPBCJ 2011

Klip Video

Lihat gambar-gambar lagi ... (sila klik)

25 Sep 2011 bersamaa 27 Syawal 1432H, PPPBCJ telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Padang Permainan Fasa 2B, bermula jam 12.00 tenghari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Majlis ini talah diurus dengan baik oleh Pengarah Program, Saudara M.Ibrahim Ghazali dan dibantu oleh AJK yang lain.


Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan Syawal bersama-sama ahli persatuan dan penduduk Taman Cheras Jaya. Disamping itu juga, majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, membina suasana harmoni dan perpaduan sesama warga penduduk Taman Cheras Jaya serta sekitarnya.




Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Iman Masjid Taman Cheras Jaya, Tuan Ahmad Fauzi bin Dahalan kemudian disusuli oleh ucapan oleh Tuan Pengerusi PPPBCJ, Tuan Haji Azman bin Idris.


Terdapat pelbagai menu yang telah disediakan iaitu Nasi Minyak Hujan Panas dan Sate serta kuih-muih  yang dibawa oleh warga penduduk.Terdapat juga aiskrim yang disumbangkan oleh Syarikat Polar Aiskrim.


Majlis ini diserikan dengan cabutan bertuah untuk 10 hadiah hamper yang disediakan oleh PPPBCJ. Hadiah hamper telah disampaikan oleh pengerusi dan timbalan penegrusi. PPPBCJ juga memberi sumbangan Duit Raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.



Bagi pihak PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli dan penduduk yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pihak PPPCBJ juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang,  orang perseorangan yang berkerja keras menjayakan majlis ini. Sumbangan bakti tuan-tuan sangat berharga buat PPPBCJ. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Lihat gambar-gambar lagi ... (sila klik)

.

21 September 2011

Jemputan ke Majlis Sambutan Aidil Fitri


Dengan segala hormatnya adalah dijemput Semua Ahli PPPBCJ dan penduduk Taman Cheras Jaya dan sekitarnya  ke :

MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI PPPBCJ

Tarikh : AHAD - 25 SEPTEMBER 2011

Masa  :  12.00 Tengahari hingga 2.00 Petang

Tempat : Padang Permainan Fasa 2B


Semoga hehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis ini dan bagi pihak AJK PPPBCJ, kami mengucapkan jutaan terima kasih.

20 September 2011

OPEN HOUSE di PPPBCJ

"Rumah terbuka" atau "Open House" telah menjadi tradisi untuk menjemput saudara-mara dan sahabat-andai berkunjung ke rumah untuk sama-sama menyambut hari raya. Penduduk Taman Cheras Jaya tidak terlepas untuk mengadakan Rumah terbuka ini. Ini merupakan salah-satu tujuan untuk mengeratkan lagi persaudaraan dan persahabatn kita

Namun kesempatan ini,  AJK PPPBCJ mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua Ahli dan Penduduk Taman Cheras Jaya, Pusat Bandar Cheras Jaya. Kami juga ingin memohon beribu ampun dan maaf ke atas segala kesalahan kami atau apa-apa jua yang tidak memuaskan hati tuan/puan, maaf Zahir dan Batin.

Berikut sempat dirakam majlis Rumah Terbuka di Taman Cheras Jaya:

1. Pada 15 Sep 2011- Rumah Terbuka Encik Mahmud dan Sambutan Hari Lahir Encik Shahrul

2.  Pada 16 Sep 2011 - Rumah Terbuka Hj. Azman Idris




3. Pada 17 Sep 2011- Rumah Terbuka Encik Mohammad Ashari



4. Pada 18 Sep 2011- Rumah Terbuka Encik Jamal Khir


Semoga Allah memurahkan rezeki tuan/puan yang mengadakan Rumah Terbuka.