30 Januari 2014

Maulidur Rasul 1435H


PPPBCJ telah mengambil tempat dalam menjayakan Program Karnival Maulidul Rasul Masjid Taman Cheras Jaya yang diadakan pada 14 Januari 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diperkarangan parkir masjid.


Karnival ini dirasmikan oleh YB Tuan Sallehen Mukhyi, Pengerusi JK Tetap Hal Ehwal Islam, Negeri Selangor. YB juga berkesempatan melawat gerai PPPBCJ.

Berbagai acara telah diadakan semasa karnival ini, Forum Perdana merupakan acara utama.


Dua ahli panel jemputan iaitu Tuan Hj. Mohd Rafidi Ibrahim dari Tabung Haji Selangor dan Ustazah Adibah Razin, Juara Program Daie Millennia TV3 mengupas dalam memperingati usaha dakwah dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.,  sementara moderator adalah Ahmad Fedtri Yahya, personaliti TV3.



Dalam karnival ini, PPPBCJ telah membuka gerai untuk mempromosi T-Shirt, Mug dan Key-Chain persatuan untuk jualan kepada umum.

T-Shirt = RM 35.00

Mug = RM10.00

Key Chain = RM8.00

Harga istimewa = T-Shirt + Mug + Key Chain = RM50.00

Untuk pembelian barang tersebut, bolehlah hubungi Bendahari atau mana-mana AJK PPPBCJ.

Beli dan Sokong Persatuan PPPBCJ.