28 Disember 2010

Futsal Remaja PPPBCJ 2010


Pada 19 Disember 2010, PPPBCJ telah mengadakan perlawanan futsal bagi anak-anak remaja Taman Cheras Jaya di Pusat Sukan Cheras Selatan berdekatan dengan Pasaraya Econsave Balakong. Tujuan perlawanan ini untuk memenuhi kalender cuti sekolah para remaja. Ini merupakan salah satu aktiviti remaja agar pengisian cuti mereka nanti adalah berfaedah disamping mereka dapat mnegenalan sesama mereka. Selain dari itu, pihak ibubapa dapat mengenali kawan-kawan anak mereka.


Perlawanan futsal ini  terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori bawah 18 tahun (5 pasukan) dan kategori bawah 12 tahun (3 pasukan). Perlawanan ini dijalankan secara liga. Bagi Kategori Bawah 18 tahun pasukan yang mengutip mata tertingi dikira Johan diikuti Naib Johan dan Tempat Ketiga. Manakala bagi Kategori Bawah 12 tahun hanya satu pemenang sahaja iaitu Johan.


Sepanjang perlawanan ini telah diadili oleh pengadil berpengalaman iaitu Cikgu Zulkifli, En. Asahari dan En. Ravi. Pengurus Projek Futsal dipimpin oleh En. Wan Shukery dan dibantu oleh En. Shaji Khan.



Kategori Bawah 18 tahun :

1. 1Malaysia
2. Cheras Jaya Young Boys
3. Remaja
4. Futsal 5
5. Teen 93

Kategori Bawah 12 tahun :
1. Google
2. Yahoo
3. Mozilla

Setelah semua perlawanan dijalankan, pasukan Futsal 5 menjuarai kategori bawah 18 tahun dengan perbezaan jaringan gol daripada pasukan naib juara iaitu pasukan Teen 93. Manakala pasukan Remaja menduduki tempat ketiga, Tempat keempat, pasukan 1Malaysia dan Chera Jaya YB tempat terakhir.

Bagi kategori bawah 12 tahun, pasukan Mozilla menjadi Johan, tempat kedua Google dan ketiga pasukan Yahoo.


Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Mustapa Yasin selaku Timbalan Pengerusi PPPBCJ.



18 Disember 2010

Majlis Kesyukuran di rumah Zulkernain dan Norain


Pada hari Sabtu 18 Disember 2010 jam 10.45pagi hingga jam 3.00 petang, Saudara Zulkernain dan Puan Norain telah mengadakan Majlis Maharban, Cukur Jambul dan Kesyukuran untuk anak saudara beliau, Adam Rayyan Hakimi bin Abdullah.

Kumpulan Marhaban Wanita An-Najwa telah dijemput khas untuk memimpin dan menunaikan hajat tuan rumah bagi Marhaban, Cukur Jambul dan Doa Kesyukuran.

Jamuan makan selepas acara tersebut selesai.

17 Disember 2010

Memasyarakatkan Masjid dan Memasjidkan Masyarakat


Bertemakan 'Memasyarakatkan Masjid dan Memasjidkan Masyarakat', satu program memperkenalkan Masjid Taman Cheras Jaya telah diadakan pada Sabtu 11 Disember 2010 dan Ahad 12 Disember 2010 lalu.

Adun Bangi, selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu dijemput pada hari pertama bagi Majlis Pembukaan dan Perasmian. Hadir sama selain dari AJK ialah Y.B. Yap Lum Chin Adun Balakong, Dato` Hisham Ahli MPKj dan Tuan Haji Asana.

Program ala karnival sempena Maal Hijrah itu berlangsung dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik untuk penduduk di sekitarnya.

Antaranya ialah kempen derma darah, forum perdana khas, pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma, persembahan nasyid dan pertandingan kemahiran harian kaum ibu.


Para pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan terkenal, Raihan bermula pada pukul 5.30 petang.

Sepanjang karnival ini, banyak aktiviti berbentuk pameran diadakan. Pameran itu melibatkan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Zakat Selangor.

Forum Perdana Ma'al Hijrah bertemakan Kuasa Hijrah Kuasa Berubah turut diadakan pada sebelah malam. Ahli-ahil panel adalah Ustaz Ridhuan bin Mohd Noor, Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman dan Ustaz Hashimi bin Che Pa. Manakala moderator adalah Ustaz Ismail bin Abas.

Karnival ini tamat jam 5.00 petang hari kedua.

14 Disember 2010

Mesyuarat Meja Bulat 13-12-2010


Pada 13 disember 2010, bermula jam 9.45 malam, pihak AJK Persatuan serta beberapa ahli telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tiga(3) aktiviti yang akan dilaksanakan iaitu :

1. Perlawanan Futsal

Perlawanan Futsal ini akan diadakan pada 19 Disember 2010 di Futsal Court, Balakong. Dua kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 18 Tahun dan Kategori Bawah 12 Tahun bagi memenuhi aktiviti remaja sepanjanng cuti persekolahan 2010.

2. Malam BBQ

Malam BBQ ini akan diadakan pada 31 Disember 2010 diperkarangan rumah Dato' Mustapa di Fasa 3 bermula jam 9.00 malam.

3. Hari Keluarga PPPBCJ 2011

Hari Keluarga ini akan diadakan pada 28-30 Januari 2011 (3 hari 2 malam) di Bidara Puteri Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka.


Mesyuarat ditangguh pada jam 12.30 malam.

-

07 Disember 2010

Karnival Bowling PPPBCJ 2010 - Success!!!



Pada 5 Disember 2010, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mengadakan Karnival Bowling 2010 bertempat di Plaza South City, Seri Kembangan. Karnival ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli-ahli, penduduk dan guru-guru di Taman Cheras Jaya. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian iaitu 9 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan wanita. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Kumpulan Berpasangan pula sebanyak 9 pasangan.

PASUKAN LELAKI
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
1. Faiz DM 1. Anuar DM 1. Mohamad Ibrahim (MIG)
2. Norizan Besar 2. Cikgu Tawani 2. Zahurrin Saharuddin
3. Sharji Khan 3. Cikgu Shafiq 3. Cikgu Zul
4. Wan Shukrey 4. Nawawi 4. Azizi DHL
KUMPULAN D KUMPULAN E KUMPULAN F
1. Zahari Md Tahir 1. Mohd Asni Talib 1. Hj. Suhaimi Mohd Yusof
2. Fadzly 2. Dato Mustafa (DM) 2. Shahrul
3. Amer Khan 3. Harith Jamalkhir 3. Jamalkhir
4. Fazlur Rahman (MB) 4. Zahid Norizan 4. Khalid
KUMPULAN G KUMPULAN H KUMPULAN I
1. Reduwan DM 1. Helmi DM 1. Mahyuddin
2. Zaini Ahmad Marzuki 2. Akmal MIG 2. Farhan Maulan
3. Nabil Khalid 3. Nazmi 3. Mat Zin
4. Nizam (RIN) 4. Nazri (RIN) 4. Zakaria


PASUKAN WANITA
KUMPULAN X KUMPULAN Y KUMPULAN Z
1. Alifah Mohamad 1. Norbahiyah Daud 1. Marhaida
2. Azizah M. Sharif 2. Rozimah Mohd Rabudin 2. Dilla Ahmad Dalil
3. Nurdiana DM 3. Fadzlina 3. Ruzian Kasim
4. Roos Akma 4. Farisha Izzati 4. Sarimah Sarman


PASUKAN BERPASANGAN
PASANGAN 1 PASANGAN 2 PASANGAN 3
1. Zahurrin Saharuddin 1. Mohd Asni Talib 1. Cikgu Zul
2. Dilla Ahmad Dalil 2. Alifah Mohamad 2. Azizah M. Sharif
PASANGAN 4 PASANGAN 5 PASANGAN 6
1. Zaini Ahmad Marzuki 1. Fazlur Rahman (MB) 1. Zahari Md Tahir
2. Rozimah Mohd Rabudin 2. Ruzian Kasim 2. Marhaida
PASANGAN 7 PASANGAN 8 PASANGAN 9
1. Mohamad Ibrahim (MIG) 1. Fadzly 1. Jamalkhir
2. Sarimah Sarman 2. Fadzlina 2. Farisha Izzati



Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu :

1. Kategori Individu Lelaki
2. Kategori Individu Wanita
3. Kategori Kumpulan Lelaki
4. Kategori Kumpulan Wanita
5. Kategori Berpasangan
6. Kategori Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki
7. Kategori Jatuhan Pin Terbanyak Wanita.

Setiap individu diberi 3 frame setiap seorang. Jumlah jatuhan pin dikira  dengan mencampur jumlah 3 frame tersebut. Acara bermula jam 2.00 petang dan selesai pada jam 6.30 petang.

Keputusan Pertandingan:

Kategori Individu Lelaki dimenangi oleh Anuar DM dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 549.

Keputusan penuh :
1. Anuar DM         - 549 pin
2. Mohd Asni Talib  - 548 pin
3. Zahari Md Tahir  - 514 pin


Kategori Individu Wanita dimenangi oleh Alifah Mohamad dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 434.

Keputusan penuh :
1. Alifah Mohamad  - 434 pin
2. Norbahiyah Daud - 425 pin
3. Azizah M. Sharif  - 316 pin


Kategori Kumpulan Lelaki dimenangi oleh Kumpulan A yang terdiri daripada Faiz DM (354), Norizan Besar (411), Sharji Khan (367) dan Wan Shukery (469) dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1601.

Keputusan penuh :
1. Kumpulan A  - 1601 pin
2. Kumpulan C  - 1560 pin
3. Kumpulan E  - 1541 pin


Kategori Kumpulan Wanita dimenangi oleh Kumpulan X yang terdiri daripada Alifah Mohamad (434), Azizah M. Sharif (316), Nurdiana DM (218) dan Roos Akma (242) dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1210.

Keputusan penuh :
1. Kumpulan X  - 1210 pin
2. Kumpulan Y  - 1132 pin
3. Kumpulan Z  -   969 pin


Kategori Berpasangan dimenangi oleh Pasangan 2 yang terdiri daripada  Mohd Asni Talib (548) dan Alifah Mohamad (434) dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 982.

Keputusan penuh :
1. Kumpulan 2  - 982 pin
2. Kumpulan 6  - 758 pin
3. Kumpulan 8  - 735 pin



Kategori Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki dimenangi oleh Anuar DM dengan jatuhan pin sebanyak 215 di frame ke-3.

Keputusan penuh :
1. Anuar DM           - 215 pin
2.  Mohd Asni Talib  - 205 pin
3. Zahari Md Tahir   - 181 pin


Kategori Jatuhan Pin Terbanyak Wanita dimenangi oleh Alifah Mohamad dengan jatuhan pin sebanyak 157 di frame ke-2.

Keputusan penuh :
1. Alifah Mohamad   - 157 pin
2. Norbahiyah Daud  - 155 pin
3. Azizah M. Sharif   - 123 pin



Setelah selesai pertandingan bowling, semua peserta menjamu selera hidangan yang disediakan oleh Restoren Lemon. Sumbangan jamuan ini diberi oleh Encik David Teo, CEO Metrowealth.

Diharap pertandingan bowling dijadikan aktiviti tahunan PPPBCJ. Kepada semua AJK, Ahli dan individu yang telah bekerja keras, menyokong dan menjayakan pertandingan ini, pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih dan jutaan terima kasih juga kepada Encik David Teo kerana sumbangan jamuan. Jumpa lagi ditahun 2011.



---

29 November 2010

KARNIVAL JOM BOWLING PPPBCJ 2010


Jemputan menyertai KARNIVAL JOM BOWLING PPPBCJ 2010 pada 5 Dis 2010 jam 2.00-5.00petang di South City Plaza. 

Yuran penyertaan RM20 seorang

Pengesahan sebelum 30 Nov 2010.

Hubungi Encik Ibrahim 013-3675555.

Terbuka kepada Ahli dan penduduk Tmn Cheras Jaya.


21 November 2010

Majlis Silaturahim dan Kesyukuran PPPBCJ


21 November 2010, PPPBCJ telah mengadakan Majlis Silaturahim dan Kesyukuran bertempat dirumah Dato' Mustapa Yasin. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli-ahli PPPBCJ. Pihak PPPBCJ telah mendapat sumbangan seekor lembu untuk tujuan ini daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan Metrowealth.

Acara majlis bermula jam 7.00pagi , gotong-royong untuk menyembelih dan melapah lembu. Lembu tersebut telah disembelih oleh Bilal Masjid Taman Cheras Jaya, Ustaz Haji Mohd Nasri dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ. Semua ahli-ahli telah bergotong-royong melapah, mengiris dan memotong serta membersih daging. Kerja-kerja ini siap lebih kurang 10.00pagi.

Selepas itu, tukang masak serta ahli yang ditugaskan membantu memasak mengambilalih tugas untuk menyediakan makanan untuk jamuan tengahari. Jam 12.30tgh, masakan telah siap utnuk dijamukan. Selepas solat Zohor, majlis ini diberkati dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran dipimpin oleh Imam Fauzi. Semua ahli menjamu selera selepas doa kesyukuran. Majlis berakhir jam 4.00petang.

Pihak perstauan PPPBCJ merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Dato', tuan dan puan sekeluarga menjayakan majlis tersebut.


18 November 2010

Majlis Qurban Masjid Taman Cheras Jaya 1431H


Pada 17 November 2010, Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) telah mengadakan majlis qurban. Sebanyak 10 ekor lembu, 2 ekor kambing dan seekor biri-biri telah diqurbankan oleh qariah masjid. Majlis ini diadakan sebaik sahaja selesai Solat Aidiladha. AJK, Pegawai Masjid serta ahli qariah berkerjasama melaksana ibadah qurban ini.


Lagi gambar disini [Klik]

18 Oktober 2010

Majlis Perkahwinan Anak Encik Zamri

17 Oktober 2010. Encik Zamri (Fasa 5) telah mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki beliau di Dewan Muslimin, Masjid Kuala Lumpur, Jalan Duta. Beberapa ahli PPPBCJ telah menghadiri bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga pasangan pengantin hidup bahagia hingga ke akhir hayat.



12 Oktober 2010

Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010

10 Okt 2010. Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) telah mengadakan Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2010. Disamping menyambut perayaan aidilfitri, majlis ini juga bertujuan dijadikan satu medan pertemuan dikalangan penduduk agar dapat kenal-mengenali antara satu sama yang lain dan mengeratkan lagi semangat setia kawaan.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi PPPBCJ. Selepas itu semua hadirin dan jemputan berjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh persatuan.


Semasa menikmati juadah makanan yang disediakan, klip video korporat PPPBCJ ditayangkan untuk tonton para hadiri bagi mengimbau kenangan aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006 hingga sekarang.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara menguji minda. Bagi mereka yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan, satu hamper hadiah akan diberi. Sebanyak 20 hamper telah disediakan untuk tujuan ini.


Disamping itu juga, pihak persatuan telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak ahli yang berumur 12 tahun dan kebawah.


Dipenghujung majlis, beberapa ahli sudi menonjolkan bakat terpendam mereka dengan berkaraoke beberapa lagu.
 


Pihak Persatuan mengucapkan berjutaan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir dan pihak persatuan juga ingin memohon maaf sekiranya majlis tersebut terdapat kekurangan atau tidak memuaskan. Bagi semua AJK Program dan tenaga kerja, pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih keatas keringat tuan-tuan, semoga Allah dapat membalasnya.

Lagi gambar disini[Klik]

05 Oktober 2010

Jemputan Majlis Jamuan Muhibbah Aidilfitri 2010

Semua Ahli PPPBCJ,

Semua Penduduk Fasa 2A, Fasa 2B, Fasa 3
dan Pusat Bandar Cheras Jaya
Taman Cheras Jaya



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPPBCJ akan mengadakan Majlis Jamuan Muhibbah sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh        :  Ahad  10 Oktober 2010

Masa         :  8.30 malam - 11.00 malam

Tempat      :  Padang Permainan Fasa 2B

Pengarah Program serta AJK dengan berbesar hati menjemput pihak Tuan dan keluarga untuk hadir bagi menyerikan lagi majlis ini.

 

20 September 2010

Pemimpin Persatuan Berbincang Jamuan Raya 2010

18 Sep 2010. Ahli Jawatankuasa PPPBCJ telah mengadakan perbincangan Jamuan Raya kali pertama di Restoran Azwad. Naib Pengerusi, Dato' Mustapa telah dilantik sebagai pengurus projek. Turut dilantik setiap AJK mengetuai beberapa portfolio bagi menguruskan kelancaran majlis jamuan yang akan diadakan nanti. Memandangkan semua ahli sedang sibuk dengan majlis rumah terbuka dan majlis perkhawinan maka jamuan raya tidak dapat diadakan dalam bulan Syawal. Jamuan raya berkemungkinan akan diadakan dalam bulan Oktober. Perbincangan kali kedua akan diadakan pada 23 Sep 2010.



 


17 Ogos 2010

Aktiviti Moreh PPPBCJ di Masjid Taman Cheras Jaya

16 Ogos 2010. Mulai malam ini, malam ke-7 hingga malam ke-13, merupakan giliran, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) menguruskan berbuka puasa dan makanan moreh bagi Masjid Taman Cheras Jaya. Ahli PPPBCJ telah berbesar hati menyumbang bagi keperluan berbuka puasa dan jamuan moreh. Kerjasama yang baik antara ahli, mengurus, menyedia dan mengemas ini,  PPPBCJ telah berjaya  melaksanakan tanggungjawab ini. Semoga kerjasama dan semangat ukhuwah ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.


Semangat bergotong-royong memperkuatkan kejiranan dan kariah