30 November 2012

Mesyuarat Jawatankuasa PPPBCJ

 
 
Mesyuarat Jawatankuasa PPPBCJ telah diadakan pada hari Rabu 28 November 2012 jam 9.45 malam bertempat di Restoran Macam-Macam Ada. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Azman. Semua AJK hadir dalam mesyuarat ini. Selain membincangkan agenda tetap, mesyuarat juga mengambil maklum perkembangan program Hari Keluarga PPPBCJ Pangkor 2012 yang akan diadakan pada 8-10  Disember 2012.

24 November 2012

PROGRAM HARI KELUARGA PPPBCJ PANGKOR


Tempat  : Puteri Beach Resort, Pulau Pangkor , Perak

Tarikh   :  8 - 10 Disember 2012

Bayaran RM500 sekeluarga (Berkereta sendiri)/sebilik
Bayaran RM600 sekeluarga (Bersama Bas sewa)/sebilik

Keluarga yang mempunyai anak dibawah umur 4 tahun digalakkan berkereta sendiri.

Berminat, sila isi borang dengan bayaran deposit RM200 sebelum 30 Nov 2012 dan bayaran penuh sebelum 5 Dis 2012 kepada AJK PPPBCJ.

Sila hubungi En. Mohamad Ibrahim (013-367 5555) atau AJK PPPBCJ untuk pertanyaan lanjut.

Semoga penyertaan tuan/puan akan memeriahkan dan menjayakan program ini.

06 November 2012

PERLAWANAN BADMINTON PERSAHABATAN DENGAN GURU DAN PIBG SMK CHERAS JAYA


Perlawanan badmintan persahabtab diantara PPPBCJ dengan Guru dan PIBG SMK Cheras Jaya telah diadakan di Dewan Badminton Li-Ning, Balakong pada hari Ahad 4 November 2012 jam 3.00 hingga 6.00 petang.

 
 
Permainan badminton ini adalah acara beregu. PPPBCJ menurunkan pemain beregu seperti berikut:
 
Pasangan Beregu PPPBCJ
1.  Sarji dan Norizan
2.  Ibrahim dan Naim
3.  Mat Zin dan Khalid
4.  Shahrul dan Fazly
5.  Zaini dan Jeff
6.  Zulkifli dan Amy
7.  Zakaria dan Muhamad

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peraturan pertandingan telah dipersetujui bersama iaitu setiap set permainan akan bermain sebanyak dua kali sahaja. Cara pengiraan mengikut format terbaru iaitu kiraan 21. Setiap permainan menang dikira satu mata.  Sebanyak 7 set permainan dipertandingan. PPPBCJ berjaya menundukkan Guru & PIBG SMK Cheras Jaya dengan kiraan 12 berbalas 2 atau PPPBCJ memenagi 5 set permaian dan 2 seri.

 
 
 
 
 Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PPPBCJ merangkap Pengerui PIBG SMK Cheras Jaya, Tuan Hj. Azman Idris. Syabas PPPBCJ.

05 November 2012

CAMEL RICH CAFE


CAMEL RICH CAFE, nama baru dalam barisan restoran-restoran di Malaysia. Restoran Camel Rich yang terletak di B19G, Jalan C 180/1, Dataran C 180, Cheras, Selangor (berhampiran AEON JUSCO Cheras Selatan) telah diusahakan oleh Tuan Hj. Aminuddin. Majlis perasmian perbukaan restoran telah diadakan pada malam hari Ahad 3 November 2012.

 
 
Majlis dimulakan dengan ucapan kesyukuran oleh tuan punya restoran, Tuan Hj. Aminuddin dan diikuti bacaan doa oleh Ustaz Hj. Mohd Rozie. Jamuan makan disediakan adalah Nasi Briyani berserta Kambing panggang.

 

 
Restoran Camel Rich menyediakan masakan Nasi Arab/Briyani, Asam Pedas, Laksa Johor serta masakan barat dan lain-lain masakan. Setiap hari mempunyai masakan istimewa "Special of the day". Restoran ini akan mula beroperasi pada 5 November 2012.

 
 
 
 
 
  
Pihak PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan dan kami berdoa agar perniagaan restoran Camel Rich Cafe berjaya dan mendapat sambutan.