09 Oktober 2011

Mesyuarat PPPBCJ 05 Okt 2011


Pada 5 Oktober 2011, PPPBCJ telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan post-mortem perjalanan majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011 dan perancangan mengadakan Perlawanan Bowling Terbuka PPPBCJ di Restoran Macam-macam Ada.


Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah berjalan lancar pada 25 September 2011. Segala agenda telah diuruskan dengan baik. Kos perbelanjaan yang dianggarkan mencukupi mengikut bajet yang telah diputuskan sebelum ini.


Perlawanan Bowling Terbuka PPPBCJ akan diadakan pada hari Ahad 30 Oktober 2011 bertempat Ampang Superbowl di Komplek Metro Point, Kajang. Pengumuman dan iklan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.