23 April 2010

Perasmian Masjid Taman Cheras Jaya oleh DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah, Sultan Selangor



Jumaat 23 April 2010 bersamaan 8 Jamadil Awwal 1431 merupakan satu tarikh bersejarah bagi institusi masjid di Taman Cheras Jaya. Hari ini, masjid yang indah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah.


Latarbelakang sejarah masjid di Taman Cheras Jaya, Batu 11, Hulu Langat iaitu bermula pada awal tahun 1985, Taman Cheras Jaya Fasa 1 mula diduduki. Pertemuan diadakan oleh penduduk Islam ketika itu dan bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengutip wang dari rumah ke rumah. untuk mmbina madrasah. Kutipan dibuat setiap bulan oleh jawatankuasa dilantik. Hasil usaha jawatankuasa dan penduduk Islam Taman Cheras Jaya Fasa 1, sebuah madrasah kecil telah dibina pada tahun 1987 dengan kos RM 38,000 ditapak yang disediakan oleh PKNS untuk solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Madrasah ini telah diberi nama Madrasah Manbaeil Uloom yang bermaksud tempat terpancarnya ilmu oleh Tuan Syed Abu Dzahir merupakan pengerusi pertama dan seorang penduduk yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Pada tahun 1995, Madrasah Manbaeil Uloom telah dinaiktaraf sebagai masjid sementara dan mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat.

Pada tahun 2004, kelulusan telah diperolehi dan projek pembinaan masjid di Lot 27910, Cheras Jaya telah bermula pada 12 Disember 2004. Masjid baru ini mampu menampung seramai 2500 jemaah pada satu-satu masa.

Pada 24 Ogos 2006, masjid telah siap dibina dengan menelan belanja sebanyak RM 5,311,684.23. Majlis peneyerahan masjid di antara Pemaju, JKR, JAIS dengan Jawatankuasa Masjid telah berlangsung pada 23 September 2006 di Bilik Mesyuarat, Masjid berkenaan.













DYMM Sultan tiba diperkarangan masjid lebih kurang jam 12.20pm. Baginda bersalaman dengan dif-dif terhormat serta barisan pegawai jawatankuasa masjid dan Lagu Negeri Selangor dimainkan. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh johan qari ujian tilawah Al-quran peringkat daerah Hulu Langat 2010. Diikuti pula ucapan alu-aluan oleh Pengarah JAIS. Kemudian baginda Sultan menyampaikan Titah Ucapan Perasmian seterusnya menyempurnakan Upacara Perasmian Masjid.



Dengan rasminya, masjid ini dinamakan MASJID TAMAN CHERAS JAYA.

Selepas upacara perasmian, semua jemaah menunaikan Solat Jumaat. Selesai solat, baginda berkenan bergambar bersama pegawai jawatankuasa masjid. Selepas sesi bergambar, semua jemaah menjamu selera jamuan yang disediakan oleh penganjur. Baginda berangkat pulang pada jam 3.00petang.



Laporan Akhbar
Utusan Malaysia Online
Berita Harian Online

04 April 2010

Perlawanan Bolasepak Persahabatan PPPBCJ dengan Guru-guru SRJK Cheras Jaya



Perlawanan bolasepak persahabatan diantara PPPBCJ dengan Guru-guru SRJK Cheras Jaya telah diadakan pada hari Ahad 4 April 2010 jam 8.30 pagi di Padang Bolasepak ILSAS (UniTEN). Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan kenal mengenali satu sama lain diantara Ahli PPPBCJ (Ibubapa) dengan Guru-guru. Ini adalah perlawanan pertama dalam tahun 2010. Perlawanan ini mungkin akan dijadikan perlawanan bersiri dan akan diadakan setiap 2 bulan sekali.

Pasukan PPPBCJ diberi suntikan semangat dengan kehadiran penyokong setia.











Para pemain memberi fokus mendengar taklimat taktik dan strategik daripada pengurus dan jurulatih untuk memastikan kemenangan di pihak persatuan.


















Perlawanan adalah sengit dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan. Pasukan PPPBCJ tidak menghampakan penyokong-penyokong dengan menyumbat 1 gol. Walau bagaimana pun perlawanan pertama ini telah dimenangi oleh pasukan Guru-guru SRJK Cheras Jaya dengan keputusan 6-1.

03 April 2010

Mesyuarat Agung PPPBCJ ke 9


Mesyuarat Agung PPPBCJ ke-9 telah diadakan pada 3 April 2010 jam 3.30 petang di Padang Fasa 2B. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Iman Masjid Manbaeil Uioom 1, Ustaz Fauzi. Diikuti dengan ucapan Pengerusi PPPBCJ 2009/10.


Pengerusi PPPBCJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera jawatankuasa PPPBCJ 2009/10 ke atas peranan dan tanggungjawab bagi menjayakan aktiviti-aktiviti persatuan dan menjadikan persatuan yang disegani walaupun tugas-tugas adalah sukarela. Tuan Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang memberi sokongan setiap kali aktiviti persatuan yang dijalankan.



Seterusnya Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung PPPBCJ ke-8. Mnint mesyuarat ini diluluskan. Kemudian Setiausaha melaporkan aktiviti persatuan sepanjang 2009/2010.













Aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut :

a. Aktiviti Tidak Berkala
  1. Program More dan Berbuka Puasa semperna Bulan Ramdhan Al-Mubarak
  2. Program Kacau Dodol 2009
  3. Edaran Borang kepada ahli untuk memaklumkan kepada Balai Polis Kajang berkaitan mengosongkan rumah sepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri.
  4. Majlis Muhibbah Aidilfitri PPPBCJ 2009
  5. Karnival 'JOM BOWLING' PPPBCJ di Plaza South City
  6. Program Qurban semperna Hari Raya Haji
  7. Lawatan Muhibbah Tahun Baru Cina ke rumah Encik David Teo
  8. Hari Keluarga PPPBCJ 2010
  9. Program Perarakan semperna Maulidur Rasul 1430H
b. Aktiviti Berkala
  1. Latihan SIlat Seni Gayong Malaysia
  2. Latihan Badminton
  3. Kelas Pengajian Al-Quran Kanak-kanak

Laporan Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2009 telah dibentangkan oleh Bendahari dengan sedikit bahasan bersama ahli mesyuarat. Walau bagaimana pun, Laporan Aktiviti dan Kewangan diterima dan diluluskan.



Agenda seterusnya adalah pembubaran Jawatankuasa 2009/2010 dan pemilihan Jawatankuasa 2010/2011. Semua ahli mesyuarat berpuas hati dengan prestasi AJK lepas dan sebulat suara mengekalkan AJK sesi lepas untuk menerajui AJK baru. Pemilihan hanya dibuat bagi AJK yang tidak hadir.

Berikut adalah senarai AJK 2010/2011 :

1. Pengerusi - Haji Azman bin Idris
2. Timbalan Pengerusi - Datuk Mustaffa bin Mat Yasin
3. Setiausaha - En. Zaini bin Ahmad Marzuki
4. Pen.Setiausaha - En. Aminuddin
5. Bendahari - En. Mohamad Ibrahim bin Ghazali
6. Ahli Jawatankuasa
- En. Fazlur Rahman bin Hj. Sekandar Batch
- En. Shaji Khan bin Jasi Khan
- En. Jamal Khir bin Hashim
- En. Azizi bin Abd. Aziz
- En. Zamri bin Tahir
- En. Shahrul

Dua Pemeriksan Kira-kira telah dipilih iaitu :
1. En. Wahi
2. Haji Suhaimi

Ada tiga usul dikemukakan dan akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PPPBCJ. Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 5.40 petang dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan sup bersama roti.