31 Disember 2012

PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN HJ AMINUDDIN DAN HJH SUZANA


Majlis perkahwinan Nurul Hilda dan Mohd Asri telah diadakan pada 29 Disember 2012 di Taman Cheras Jaya, Cheras Selangor. Ini adalah majlis kali kedua bagi Hj Aminuddin dan Hjh Suzana menerima menantu.
 
 
 
 
Semoga perkahwinan anak perempuan Hj Aminuddin dan Hjh Suzana kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Ucapan tahniah untuk Hj AMinuddin dan Hjh Suzana kerana menerima menantu.
 

16 Disember 2012

JOM MAKAN BUAH-BUAHAN


16 Dis 2012. Datuk Mustapa, Timbalan Pengerusi PPPBCJ telah menjemput warga PPPBCJ untuk Majlis Doa Selamat di rumah beliau. Selain juadah makanan, kami dijamu buah-buahan yang diambil dari Pahang. Semoga YBhg. Datuk dimurahkan rezeki.

15 Disember 2012

HARI KELUARGA PPPBCJ PANGKOR 2012


Hari Keluarga PPPBCJ Pangkor 2012 merupakan hari keluarga kali kedua dalam tahun 2012. Sebelum ini hari keluarga telah berjaya diadakan Kuantan, Pahang. PPPBCJ telah memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi Hari keluarga kali ini sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2012. Hari keluarga ini diadakan pada 8 - 10 Disember 2012 di Puteri Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak

 
Seramai 100 orang peserta menyertai hari keluarga ini iaitu terdiri daripada 18 keluarga, 82 orang dewasa dan 18 orang kanak-kanak.

DAY 1

 Rombongan bermula jam 8.00 pagi dari Taman Cheras Jaya dengan menaiki bas dan beberapa buah kereta mengikut keselesaan masinig-masing menuju Pulau Pangkor. Seramai 33 orang menaiki bas dan selebihnya menaiki kereta.



Kali ini kondisi bas amat baik daripada Syarikat Bas Plus Liner (WWX2731).

 
Rombongan tiba di Lumut lebih kurang 12.00 tengahari. Kami disambut oleh wakil YB Dato' Hamdi di Restoran D'Warisan untuk jamuan makan tengahari.
 
 
 
PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih ke Y.Bhg. Dato' Hamdi serta Kerajaan Negeri Perak kerana tajaan makan tengahari ini.

Lebih kurang jam 2.00 petang, kami dibawa ke Jeti Pulau Marina untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.
 
 

Lebih kurang setengah jam, kami tiba di pulau. Kami diangkut dengan beberapa van ke Puteri Bayu Beach Resort dan check-in. Kami juga dijamu dengan Welcome Drink oleh pihak resort.

Setelah penyerahan kunci bilik penginpan, kami pun berehat di bilik.


Lebih kurang jam 4.30 petang, kami keluar ke kawasan pantai dengan acara TARIK PUKAT sambil menikmati minum petang. Ini merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakan kami. Sungguh seronok, kami dapat beberapa ketam, sotong, ikan dan beberapa hidupan laut.
 
 
 

 
Makan malam adalah BBQ, selain daripada makanan yang telah ditempah pada resort, kami juga membakar hasil tangkapan tarik pukat petang tadi.
 
 
 
 
 
Makan malam ini diserikan lagi dengan pemberian hamper kepada semua keluarga yang menyertai. Selesai makan malam, kami balik ke bilik.

DAY 2

 
Selepas sarapan diadakan sedikit senaman ringan diketuai oleh Encik Zaini.
 
 
 
 
Lepas itu diadakan SUKANEKA. Sebanyak lima permainan diadakan merangkumi semua peringkat umur.
 

 
 
 
 
 
 Selepas selesai Sukaneka, acara seterusnya adalah ISLAND HOPPING dan SNORKELLING bagi mereka yang setuju untuk turut serta.
 
 
 
 
 
Tempat-tempat yang kami lawati semasa Island Hopping adalah Teluk Nipah, Monkey Bay, Marina Resort, Teluk Dalam dan Batu Penyu. Kami berhenti di Coral Island untuk aktiviti snorkelling.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lebih kurang dua jam jelajah pulau, kami pulang semula ke hotel untuk makan tengahari dan rehat.
 
Jam 2.30 petang, kami berkumpul semula untuk aktviti ronda-ronda pulau dengan van, ISLAND TOUR. Aktiviti pilihan ini juga bagi mereka yang setuju untuk turut serta.
 
 
 
 
 

 
Tempat yang kami lawati adalah Foo Lin Kong, Batu Bersurat, Kota Belanda Kilang Satay Ikan, Replika Tembok Besar Cina, Perkampungan Nelayan dan lain-lain.

 Makan malam diserikan dengan tayangan skrin besar, perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF secara langsung antara Malaysia dengan Thailand di Bukit Jalil.
 
 
Cabutan bertuah baucer penginapan 2 hari 1 malam di Puteri Bayu Beach Resort telah dimenangi oleh Keluarga Encik Mughni dan Keluarga Encik Abd. Rahim.
 
 
 
DAY 3

Sarapan pagi dan acara bebas sehingga waktu makan tengahari.

 
 
 
Selepas makan tengahari, kami check-out dan dibawah ke jeti untuk pulang.
 


Program Hari Keluarga tamat disini. Pengalaman indah dan menyeronokkan.

 
Bagi mereka yang berkereta, mereka sempat singgah di Batu Gajah untuk menikmati durian.



SENARAI PESERTA

   
BIL NAMA
1 MUGHNI BIN RUKUN
2 RUSNAH BINTI RASHID
3 NUR FARAH FARHANA 
4 NUR FARAH AMALINA
5 NUR AMIRAH NAZWA
6 ZAHHURRIN BIN SAHARUDDIN
7 DALILAH BINTI AHMAD DALIL
8 MOHD ZAHRUL NIZAM
9 MOHD ZAHRUL NAZRI
10 DAINEL ANIQ
11 ABDUL RAHIM BIN NAWAWI
12 SALINA BINTI MD SALEH
13 MOHD AZRIL SYAFIQ
14 OTHMAN BIN OMAR
15 ZAITON BINTI HARON
16 MUHAMMAD FAIZ FAHMI
17 HUDA MADIHAH
18 MUHAMMAD ARIF AIMAN
19 AHMAD ROZIAN BIN OTHMAN
20 RASHI'AH BINTI ISMAIL
21 NURUL FATINI
22 NURUL FARZANA
23 NURUL FAKHIRA
24 AHMAD AZIZI BIN ABDUL AZIZ
25 SUZANA BINTI ALIAS
26 SITI NUR AFAZAN
27 MUHAMMAD SYAHMI
28 SITI NUR ADILA
29 MUHAMMAD SHAKIR
30 FAZLUR RAHMAN BIN HJ SEKANDAR BATCHA
31 RUZIAN BINTI KASIM
32 MUHAMMAD FAZRUL MISYA
33 MUHAMAD HAKIMI
34 HERMANTO
35 JULIANA
36 FAZLEENDA
37 MUHAMMAD TAUFIQ
38 NAINA MOHAMAD
39 ZAKIAH
40 MOHD HASRUL AZMIL BIN ROSLEE
41 MUHAMMAD MUSTAQIM
42 ABDUL KARIM BIN BAKAR
43 ROSNAH TALIB
44 NOOR SHAFINA
45 M. FARRIQ DANIAL
46 MOHAMAD IBRAHIM BIN GHAZALI
47 SARIMAH BINTI SARMAN
48 MUHAMMAD AKMAL
49 MARIAH AFIQAH
50 MUHAMMAD AFIQ
51 ZAINI BIN AHMAD MARZUKI
52 ROZIMAH BINTI MOHD RABUDIN
53 NUR FARAH AQILAH
54 MUHAMMAD AMMAR SYAHMI
55 MUHAMMAD THAQIF AFIQ
56 NUR FARAH BATRISYIA
57 SHAHRUL AMAN BIN ZAKI
58 SALINA BINTI MAHMUD
59 FATIMAH BINTI SARI
60 QISTINA QURRATU AIN
61 QASRINA QATRUNNADA QUIN
62 DATUK MUSTAFFA BIN MAT YASIN
63 DATIN NORAINI BINTI MOHD JATI
64 MUHAMAD ANWAR 
65 MUHAMAD RIDZUAN
66 MUHAMAD HILMI
67 MUHAMAD FAIZ
68 NURDIANA
69 AMINUDIN BIN ZAINAL
70 SUZANA BINTI SHARIF
71 NURUL HAZELYNA
72 NURUL AININ SOFEA
73 MOHAMAD ASHARI BIN SHAROM
74 NORLELA SAMSURI
75 SITI NADRAH NORAZM
76 SABRINA NAJIHA
77 MUHAMMAD NAJIB
78 NINA SABRINA
79 JAMALKHIR BIN HASHIM
80 SUHAINA BINTI MOHD SAADON
81 MUHAMMAD AL-HARITH
82 NUR FARISHA IZZATI
83 NUR FARAHIN IZZATI
84 NUR FARZANA IZZATI
85 NUR FARAHIYAH IZZATI
86 SAIFUL BAHARI BIN MALIKI
87 DR ROSNIZA BINTI ABD RAZAK
88 MUHAMMAD NAUFAL
89 NUR NAJWA SYAMMIMI
90 MUHAMMAD NAJMI AFIQ
91 NUR NASYITAH IZZAAH
92 RIDZWAN FAZLY BIN ABDUL WAHID
93 FADZLINA BINTI ABDUL KARIM
94 EZZAR FADZLYN
95 EZZAM FAHHIM
96 EZZAD FADZLY
97 LIMAH BINTI HARUN
98 MULHIYATUN
99HJ SUHAIMI
100AMINUL ZAHRIN SUHAIMI

PPPBCJ mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua AJK PPPBCJ yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan Hari Keluarga kita ini. Terima kasih juga kepada Datuk Mustaffa Mat Yasin selaku Pengarah Program yang mendapatkan penajaan dari Dato' Yap Pian Hon dan YB Dato' Hamdi (ADUN Pengkalan Bharu) serta penajaan-penajaan yang lain.


Ucapan tahniah juga Saudara Mohammad Ibrahim (Setiausaha PPBCJ) yang bekerja kuat siang dan malam, sebelum, semasa dan sesudah Hari Keluarga ini. Kepada warga PPPBCJ dan peserta, PPPBCJ merasa teruja atas kesportingan anda, PPPBCJ mengucapkan syabas dan tahniah.

Jumpa kita di Hari Keluarga akan datang.