17 Julai 2013, AJK PPPBCJ mengadakan perbicangan akhir persediaan program berbuka puasa dan moreh anjuran PPPBCJ di Masjid Taman Cheras Jaya. Perbincangan ini telah diadakan di masjid selepas Solat Tarawih.
Keputusan perbincangan, pihak persatuan bersetuju mengadakan jamuan berbuka puasa pada 25 Julai 2013 dan 27 Julai 2013 dan Jamuan Moreh pada 22- 28 Julai 2013.
Pada 25 Julai 2013, pihak persatuan bersetuju menyediakan jamuan berbuka puasa bagi program bacaan yaasin dan doa untuk kejayaan anak kariah dalam peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, SPM dan STAM. Program ini adalah kerjasama antara PPPBCJ, Biro Pendidikan dan Dakwah MTCJ, PIBG (SK Cheras Jaya dan SMK Cheras Jaya) dan Kelas Integrasi Manbaeil-Uloom (KIMU).
Menu dipersetujui seperti berikut :
A. Berbuka Puasa :
25 Julai 2013 - Nasi Briyani (250 orang)
27 Julai 2013 - Nasi Briyani (100 orang)
B. Jamuan Moreh (350 orang) :
22 Julai 2013 - Sup Daging+Tulang, Roti
23 Julai 2013 - Mi Kari
24 Julai 2013 - Laksa
25 Julai 2013 - Mi Hoon Singapore
26 Julai 2013 - Sandwich
27 Julai 2013 - Mi Goreng
28 Julai 2013 - Sup Daging+Tulang, Roti
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan. Semoga program berbuka puasa dan moreh PPPBCJ berjalan lancar dan diberkati Allah.