23 April 2010

Perasmian Masjid Taman Cheras Jaya oleh DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah, Sultan Selangor



Jumaat 23 April 2010 bersamaan 8 Jamadil Awwal 1431 merupakan satu tarikh bersejarah bagi institusi masjid di Taman Cheras Jaya. Hari ini, masjid yang indah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah.


Latarbelakang sejarah masjid di Taman Cheras Jaya, Batu 11, Hulu Langat iaitu bermula pada awal tahun 1985, Taman Cheras Jaya Fasa 1 mula diduduki. Pertemuan diadakan oleh penduduk Islam ketika itu dan bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengutip wang dari rumah ke rumah. untuk mmbina madrasah. Kutipan dibuat setiap bulan oleh jawatankuasa dilantik. Hasil usaha jawatankuasa dan penduduk Islam Taman Cheras Jaya Fasa 1, sebuah madrasah kecil telah dibina pada tahun 1987 dengan kos RM 38,000 ditapak yang disediakan oleh PKNS untuk solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Madrasah ini telah diberi nama Madrasah Manbaeil Uloom yang bermaksud tempat terpancarnya ilmu oleh Tuan Syed Abu Dzahir merupakan pengerusi pertama dan seorang penduduk yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Pada tahun 1995, Madrasah Manbaeil Uloom telah dinaiktaraf sebagai masjid sementara dan mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat.

Pada tahun 2004, kelulusan telah diperolehi dan projek pembinaan masjid di Lot 27910, Cheras Jaya telah bermula pada 12 Disember 2004. Masjid baru ini mampu menampung seramai 2500 jemaah pada satu-satu masa.

Pada 24 Ogos 2006, masjid telah siap dibina dengan menelan belanja sebanyak RM 5,311,684.23. Majlis peneyerahan masjid di antara Pemaju, JKR, JAIS dengan Jawatankuasa Masjid telah berlangsung pada 23 September 2006 di Bilik Mesyuarat, Masjid berkenaan.













DYMM Sultan tiba diperkarangan masjid lebih kurang jam 12.20pm. Baginda bersalaman dengan dif-dif terhormat serta barisan pegawai jawatankuasa masjid dan Lagu Negeri Selangor dimainkan. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh johan qari ujian tilawah Al-quran peringkat daerah Hulu Langat 2010. Diikuti pula ucapan alu-aluan oleh Pengarah JAIS. Kemudian baginda Sultan menyampaikan Titah Ucapan Perasmian seterusnya menyempurnakan Upacara Perasmian Masjid.



Dengan rasminya, masjid ini dinamakan MASJID TAMAN CHERAS JAYA.

Selepas upacara perasmian, semua jemaah menunaikan Solat Jumaat. Selesai solat, baginda berkenan bergambar bersama pegawai jawatankuasa masjid. Selepas sesi bergambar, semua jemaah menjamu selera jamuan yang disediakan oleh penganjur. Baginda berangkat pulang pada jam 3.00petang.



Laporan Akhbar
Utusan Malaysia Online
Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan