29 Mei 2010

Program Karnival Bola Sepak Jalanan MTCJ 2010



29 Mei 2010. Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) melalui Biro Pemuda telah mengadakan Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010 di perkarangan pakir masjid. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Saudari Teo Nie Ching. Tujuan program ini adalah untuk mengajak para belia dan kanak-kanak untuk mendekati masjid disamping mengeratkan komuniti penduduk tempatan.

Sebanyak empat (4) kategori dipertandingan iaitu :

a. Kategori Bawah 12 tahun
b. Kategori Bawah 15 tahun
c. Kategori Bawah 18 tahun; dan
d. Kategori Terbuka.

Sebanyak 36 pasukan menyertai karnival ini iaitu 10 pasukan daripada setiap kategori kecuali kategori bawah 18 tahun hanya 6 pasukan. Program ini selesai jam 1.00 petang.



Lawatan ini juga YB Saudari Teo telah menyampai Cek Peruntukan yang bernilai RM500 untuk kegunaan Majlis perayaan Aidifitri kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Cek telah diterima oleh wakil Persatuan PPPBCJ (Encik Mat Zin bin Hussain) dan disaksikan oleh Ketua Kampung Cheras Batu 11 Encik Alex Neo.




Sebelum YB Sdri Teo, berangkat pulang, Setiausaha MTCJ sudi menyampaikan cenderhati sebagai kenangan daripada AJK MTCJ.


Aktiviti ini juga dimuatkan dalam website YB. Berikut adalah website beliau :
Laman Web Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching



28 Mei 2010

Istiwa Matahari


Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita. Pada Jumaat 28 Mei 2010, jam 5.16 PM , Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah.


Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.


NOTA: Fenomena yang sama akan berulang pada 16 Julai 2010, jam 5.28 PM.


Sumber : Falak Online]