29 Mei 2010

Program Karnival Bola Sepak Jalanan MTCJ 2010



29 Mei 2010. Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) melalui Biro Pemuda telah mengadakan Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010 di perkarangan pakir masjid. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Saudari Teo Nie Ching. Tujuan program ini adalah untuk mengajak para belia dan kanak-kanak untuk mendekati masjid disamping mengeratkan komuniti penduduk tempatan.

Sebanyak empat (4) kategori dipertandingan iaitu :

a. Kategori Bawah 12 tahun
b. Kategori Bawah 15 tahun
c. Kategori Bawah 18 tahun; dan
d. Kategori Terbuka.

Sebanyak 36 pasukan menyertai karnival ini iaitu 10 pasukan daripada setiap kategori kecuali kategori bawah 18 tahun hanya 6 pasukan. Program ini selesai jam 1.00 petang.



Lawatan ini juga YB Saudari Teo telah menyampai Cek Peruntukan yang bernilai RM500 untuk kegunaan Majlis perayaan Aidifitri kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Cek telah diterima oleh wakil Persatuan PPPBCJ (Encik Mat Zin bin Hussain) dan disaksikan oleh Ketua Kampung Cheras Batu 11 Encik Alex Neo.




Sebelum YB Sdri Teo, berangkat pulang, Setiausaha MTCJ sudi menyampaikan cenderhati sebagai kenangan daripada AJK MTCJ.


Aktiviti ini juga dimuatkan dalam website YB. Berikut adalah website beliau :
Laman Web Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching



Tiada ulasan:

Catat Ulasan