21 November 2010

Majlis Silaturahim dan Kesyukuran PPPBCJ


21 November 2010, PPPBCJ telah mengadakan Majlis Silaturahim dan Kesyukuran bertempat dirumah Dato' Mustapa Yasin. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli-ahli PPPBCJ. Pihak PPPBCJ telah mendapat sumbangan seekor lembu untuk tujuan ini daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan Metrowealth.

Acara majlis bermula jam 7.00pagi , gotong-royong untuk menyembelih dan melapah lembu. Lembu tersebut telah disembelih oleh Bilal Masjid Taman Cheras Jaya, Ustaz Haji Mohd Nasri dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ. Semua ahli-ahli telah bergotong-royong melapah, mengiris dan memotong serta membersih daging. Kerja-kerja ini siap lebih kurang 10.00pagi.

Selepas itu, tukang masak serta ahli yang ditugaskan membantu memasak mengambilalih tugas untuk menyediakan makanan untuk jamuan tengahari. Jam 12.30tgh, masakan telah siap utnuk dijamukan. Selepas solat Zohor, majlis ini diberkati dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran dipimpin oleh Imam Fauzi. Semua ahli menjamu selera selepas doa kesyukuran. Majlis berakhir jam 4.00petang.

Pihak perstauan PPPBCJ merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Dato', tuan dan puan sekeluarga menjayakan majlis tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan