17 Disember 2010

Memasyarakatkan Masjid dan Memasjidkan Masyarakat


Bertemakan 'Memasyarakatkan Masjid dan Memasjidkan Masyarakat', satu program memperkenalkan Masjid Taman Cheras Jaya telah diadakan pada Sabtu 11 Disember 2010 dan Ahad 12 Disember 2010 lalu.

Adun Bangi, selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu dijemput pada hari pertama bagi Majlis Pembukaan dan Perasmian. Hadir sama selain dari AJK ialah Y.B. Yap Lum Chin Adun Balakong, Dato` Hisham Ahli MPKj dan Tuan Haji Asana.

Program ala karnival sempena Maal Hijrah itu berlangsung dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik untuk penduduk di sekitarnya.

Antaranya ialah kempen derma darah, forum perdana khas, pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma, persembahan nasyid dan pertandingan kemahiran harian kaum ibu.


Para pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan terkenal, Raihan bermula pada pukul 5.30 petang.

Sepanjang karnival ini, banyak aktiviti berbentuk pameran diadakan. Pameran itu melibatkan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Zakat Selangor.

Forum Perdana Ma'al Hijrah bertemakan Kuasa Hijrah Kuasa Berubah turut diadakan pada sebelah malam. Ahli-ahil panel adalah Ustaz Ridhuan bin Mohd Noor, Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman dan Ustaz Hashimi bin Che Pa. Manakala moderator adalah Ustaz Ismail bin Abas.

Karnival ini tamat jam 5.00 petang hari kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan