01 Januari 2011

Malam BBQ Sempena Sambutan Tahun Baru 2011


SELAMAT TAHUN BARU 2011

Pada hari ini 31 Disember 2010, bermula jam 9.00 malam, AJK dan Ahli PPPBCJ berkumpul di perkarangan kediaman Dato' Mustapa Yasin, bersama-sama meraikan Malam BBQ sambil mengeratkan lagi silatulrahim dan berkenal-kenal sesama-sama sendiri.


Jamuan ini telah dirancang begitu rapi sehari sebelum majlis ini diadakan. AJK serta beberapa ahli telah berbincang keperluan, pengisian dan peruntukan bagi menjayakan majlis ini. Setiap tugas diagihkan agar persiapan dan perjalanan majlis berjalan lancar. Bermula dari pagi lagi, ada ahli telah pergi membeli barang-barang keperluan BBQ, makanan dan minuman serta peralatan. Seterusnya ahli-ahil menyiang, membersihkan dan memerapkan masakan BBQ tersbut.


Jam 5.00 petang, ahli-ahli PPPBCJ telah bergotong-royong mendirikan khemah, menyusun kerusi dan meja, mendirikan skrin projektor dan membarakan arang. Seterus itu ahli-ahli pulang ke rumah-masing-masing untuk bersiap-sedia untuk majlis malam BBQ.


Mulai jam 9.00 malam, ahli-ahli mulai berkumpul. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Suhaimi. Setelah itu ahli-ahli mula menjamu makanan dan bergilir-gilir membakar BBQ yang terdiri daripada daging, ayam, sotong, udang dan sosei.


Majlis diselang-seli dengan nyanyian karaoke oleh ahli-ahli. Sebelum itu, majlis dipertunjukkan tayangan video aktiviti PPPBCJ yang baru lepas yaitu Majlis Kesyukuran dan Perlawanan Futsal Remaja. Majlis diceriakan lagi dengan penyampaian hamper kepada hadirin.


Tepat jam 12.00 malam, nyalaan bunga api dilakukan menandakan Tahun Baru 2011 telah bermula dan Tahun 2010 telah meninggalkan kita. Pihak Persatuan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua penduduk Taman Cheras Jaya dan ahli-ahli PPPBCJ khasnya. Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010, segala apa yang telah kita azam pada tahun 2010 tercapai.


Lihat gambar lagi ,,,klik disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan