Menurut sumber yang diperolehi daripada Portal Majlis Daerah Maran (MDM), nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit. Menurut cerita dari seorang batin orang asli Kampung Merbau, Sungai Maran berasal daripada peristiwa tujuh orang asli dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian ketika tidur tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat'. Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.
Buat masa sekarang, Ahli Parlimen Maran disandang oleh YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abdul Mutallib. Beliau telah bermurah hati menaja Jamuan Makan Tengahari kepada peserta Hari Keluarga PPPBCJ 2012, De Rhu Resort, Kuantan, Pahang. Beliau juga merupakan kawan baik dan rakan sekampung Dato' Mustapa, Timbalan Pengerusi PPPBCJ. Jamuan Makan Tengahari ini telah diadakan di Maran Hill Golf Resort (MHGR). Kami telah sampai di kelab ini jam 12.00 tengahari setelah lebih kurang 3 jam 30 minit perjalanan kami dari kediaman kami di Taman Cheras Jaya, Selangor.
Ucapan pembukaan oleh Y.Bhg. Dato' Mustapa dan diikuti ucapan alu-aluan oleh YB Dato' Haji Ismail.
Selepas ucapan tersebut,peserta dijemput makan..
Selepas selesai makan tengahari, jam 2.00 petang berangkat ke kuantan.
AJK dan Ahli PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Haji Ismail serta Parlimen Maran di atas tajaan Jamuan Makan Tengahari ini. Semoga jasa baik dan kemurahan hati YB Dato' Haji Ismail akan mendapatkan balasan setimpal daripada Allah. Kami juga berdoa, semoga Dato' Haji Ismail terus berjaya dalam arena politik.
[Sila klik untuk lihat gambar-gambar lain ...]
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan