Majlis ini telah diadakan pada 28 Oktober 2012 di Padang Permainan Fasa 2B. ekoran daripada pemberian lembu oleh Encik David Teo kepada PPPBCJ. Penyebelihan telah dilakukan pada petang Jumaat 26 Oktober 2012. Setelah lembu disembelih dan dilapah serta dipotong, daging sebahagian lembu yang hendak dimasak, disempan sementara di peti sejuk restoran Tuan Hj. Aminunddin.
Masakan untuk jamuan ini telah dimasak oleh Tuan Hj. Aminuddin serta dibantu oleh beberapa ahli dan penduduk Taman Cheras Jaya. Masakan yang disediakan adalah Nasi Beriyani dengan daging lembu masak kari, hati.limpa dan paru-paru masak goreng kicap, manakala tulang-tulang dimasak sup.
Jamuan bermula jam 12.00 tengahari dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh Datuk Mustapa. Jamaun selesai jam 2.30 petang. Semoga dengan ada perjumpaan ini, bukan sekadar makan-makan tetapi ia dapat memupuk semangat silaturahim dikalang ahli dan penduduk setempat. Moga majlis in ada keberkatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan