21 November 2013

TEAM CJ2B DI KEJOHANAN FUTSAL FIGOS-MILO 2013


Pasukan Futsal Remaja bawah 15 tahun telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Figos-Milo 2013 di Orbit de Futsal, Segambut pada 3 November 2013. Pasukan ini diberi nama Team CJ2B. Team CJ2B Berjaya mendapat Johan peringat kumpulan tetapi tewas pusingan pertama kalah-mati. PPPBCJ mengucapkan tahniah dan syabas pasukan remaja kita yang bersemangat walaupun dibentuk tidak sampai sebulan.
 
 
Tahniah kepada Encik Wan Sukri sebagai jurulatih yang dapat membimbing pasukan CJ2B. Pihak persatuan juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang baju jersi kepada Team CJ2B. Semoga aktiviti sebegini dapat mengalak anak-anak kita kepada aktiviti yang manafaat.

11 November 2013

MAJLIS KESYUKURAN PPPBCJ 2013

 
27 Oktober 2013, PPPBCJ telah mengadakan Majlis Kesyukuran ke atas kejayaan PPPBCJ mendapat tempat keempat dalam pertandingan keceriaan taman anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Dalam kesempatan ini juga, PPPBCJ melahirkan rasa syukur atas kembali pulih daripada penyakit yang dihadapi oleh dua orang anak Datuk Mustapa dan kepada isteri Encik Sharji Khan atas selamat menjalani pembedahan. Semoga mereka di dalam keadaan sihat yang berpanjangan.
 
 
 
Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-alu Pengerusi dan diikuti bacaan yaasiin dan tahlil serta doa. Semoga majlis ini diberkati Allah.
 
 
Pihak PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik David Teo atas sumbangan seekor lembu dan kerjasama daripada semua ahli dalam menjayakan majlis ini.

09 September 2013

TAHNIAH PPPBCJ


Tahniah PPPBCJ kerana mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Kejiranan dan Keceriaan Taman kategori Rumah Teres anjuran Majlis Perbandaraan Kajang (MPKj) baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah dan saguhati telah diadakan pada 6 Spetember 2013 diperkarangan MPKj semasa majlis sambutan aidilfitri MPKj.

 
PPPBCJ telah menerima sekeping Cek bernilai RM2,000.00, Sijil Penghargaan dan sebuah piala. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua MPKj, Dato Hasan Nawai.
 
 
 
PPPBCJ telah diwakili oleh Saudara Muhammad Ibrahim (Pengerusi PPPBCJ), Datuk Mustapa, (Timbalan Pengerusi), Saudara Zaini (Setiausaha) dan Tuan Hj. Aminuddin (Bendahari).

 
 
 
Kejayaan PPPBCJ ini adalah usaha, kerjasama dan komitmen AJK dan semua ahli. 
 
 
Tahniah dan Syabas PPPBCJ.

02 September 2013

JAMUAN HARI RAYA PPPBCJ 2013/1434H


Pada hari Sabtu 24 Ogos 2013, PPPBCJ telah mengadakan Jamuan Hari Raya di Padang Permainan Fasa 2B. Majlis dimulakan jam 9.00 malam dengan didahului dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan Pengerusi PPPBCJ 2013-2015.
 
 
 
 
 
 
 
Menu utama pada kali ini adalah Nasi Briyani dan Sate.
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ketinggalan setiap tahun, sumbangan duit raya bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
 
  
 
Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh AJK PPPBCJ dengan mengalunkan nyanyian lagu-lagu raya.
 
  
 
 Percikan bunga api mengamitkan lagi keceriaan suasana majlis.

Klip Video Percikan Bunga Api

Sila klik URL berikut untuk melihat gambar-gambar pada malam tersebut :
 
Galeri - klik
 
Majlis tamat jam 11.00 malam. Pihak persatuan mengucapkan kepada semua hadirin yang hadir dan memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya ini. Semoga jamuan seperti ini dapat diadakan setiap tahun. Pihak PPPBCJ berharap mendapat sokongan dari semua penduduk terutama ahli PPPBCJ setiap program yang disediakan.

19 Ogos 2013

IFTAR RAMADHAN 1434H ANJURAN PPPBCJ DI MTCJ


PPPBCJ telah mengadakan Iftar Ramadhan 1434 atau Jamuan berbuka puasa pada 18 Ramadhan 1434H bersamaan 27 Julai 2013 di Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ).




 Semoga usaha ini diberkati.

19 Julai 2013

Perbincangan Akhir Program Berbuka Puasa dan Moreh 2013


 
17 Julai 2013, AJK PPPBCJ mengadakan perbicangan akhir persediaan program berbuka puasa dan moreh anjuran PPPBCJ di Masjid Taman Cheras Jaya. Perbincangan ini telah diadakan di masjid selepas Solat Tarawih.
 
 
Keputusan perbincangan, pihak persatuan bersetuju mengadakan jamuan berbuka puasa pada 25 Julai 2013 dan 27 Julai 2013 dan Jamuan Moreh pada 22- 28 Julai 2013.
 
Pada 25 Julai 2013, pihak persatuan bersetuju menyediakan jamuan berbuka puasa bagi program bacaan yaasin dan doa untuk kejayaan anak kariah dalam peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, SPM dan STAM. Program ini adalah kerjasama antara PPPBCJ, Biro Pendidikan dan Dakwah MTCJ, PIBG (SK Cheras Jaya dan SMK Cheras Jaya) dan Kelas Integrasi Manbaeil-Uloom (KIMU).
 
 
Menu dipersetujui seperti berikut :
 
A. Berbuka Puasa :
     25 Julai 2013 - Nasi Briyani (250 orang)
     27 Julai 2013 - Nasi Briyani (100 orang)
 
B. Jamuan Moreh (350 orang) :
    22 Julai 2013  - Sup Daging+Tulang, Roti
    23 Julai 2013  - Mi Kari
    24 Julai 2013  - Laksa
    25 Julai 2013  - Mi Hoon Singapore
    26 Julai 2013  - Sandwich
    27 Julai 2013  - Mi Goreng
    28 Julai 2013  - Sup Daging+Tulang, Roti 
 
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan. Semoga program berbuka puasa dan moreh PPPBCJ berjalan lancar dan diberkati Allah.
  

15 Julai 2013

KUTIPAN SUMBANGAN MOREH 2013


Program jamuan moreh dan berbuka puasa adalah agenda tetap setiap tahun PPPBCJ dalam menjayakan aktiviti Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ). Pada 6, 7 dan 14 Julai 2013, beberapa AJK PPPBCJ telah melaksana tanggungjawab mengutip sumbangan moreh dan jamuan berbuka puasa bagi Ramadhan 1434H kali ini.
 
Alhamdulillah, sumbangan ahli dan penduduk Taman Chera Jaya amat memberangsangkan, pihak AJK PPPBCJ mengucapkan jutaan terima kasih ke atas sumbangan yang diberi. Semoga sumbangan anda merupakan satu ibadah dan mendapat pahala daripada Allah S.W.T. Pihak AJK akan mengurus dan membelanjakan sumbangan untuk jamuan tersebut dengan sebaiknya.
 
Pihak PPPBCJ menganjurkan jamuan moreh pada malam 22-28 Julai 2013 dan jamuan berbuka puasa pada hari Ahad 28 Julai 2013. Diharap semua ahli dan penduduk Taman Cheras Jaya dapat menghadiri, membantu dan memeriahkan program disamping menunaikan tanggungjawab melaksanakan solat berjemaah dan solat tarawih di MTCJ.
 
Selamat Berpuasa.
 
 
 
 
 

11 Julai 2013

PEMBENTANGAN LAPORAN DI MPKj - Pertandingan Kecerian Taman

 
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah menghadiri satu majlis pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Penilaian pertandingan keindahan taman anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di MPKj pada 9 Julai 2013.
 
Pengerusi PPPBCJ, Encik Mohamad Ibrahim mewakili PPPBCJ telah membentangkan dan menyampaikan taklimat berkaitan PPPBCJ,  Program dan Aktiviti PPPBCJ dalam usaha menceriakan dan mengindahkan kawasan Taman Cheras Jaya.
 
 
Sebanyak 10 wakil persatuan penduduk hadir pada ketika itu. Semoga PPPBCJ berjaya memenangi salah satu hadiah yang disediakan.

27 Jun 2013

MESYUARAT AGUNG PPPBCJ KE-12


Mesyuarat Agung PPPBCJ Ke-12 telah diadakan pada 23 Jun 2013 bertempat di Padang Permainan Fasa 2B. Mesyuarat Agung ke-12 ini ada pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2013-2015.

Agenda dimulakan dengan pendaftaran kehadiran. Kutipan yuran tahunan keahlian turut diadakan. Pada masa yang sama, PPPBCJ membuka permohonan keahlian kepada penduduk setempat untuk menjadi ahli.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan disusuli dengan bacaan doa oleh Imam 2, Masjid Taman Cheras Jaya, Y.Bhg. Imam Hj Mohamad Nah.


Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi PPPBCJ sesi 2011/2013.

Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2012. Anugerah diterima oleh ibubapa mereka kerana pada masa ini semua pelajar tersebut sedang berada di Universiti dan Kolej

Mesyuarat Agung PPPBCJ bermula pada jam 10.00 pagi. Beberapa usul dan cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli yang hadir.

Seterusnya adalah agenda yang dinantikan iaitu proses pemilihan ahli jawatankuasa baru sesi 2013/2013. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :


1.PengerusiEncik Mohamad Ibrahim bin Ghazali
2.Timbalan PengerusiDatuk Mustapa bin Mat Yassin
3.SetiausahaEncik Zaini bin Marzuki
4.Penolong Setiausaha        Encik Zulkipli bin Othman
5.BendahariTuan Haji Aminuddin bin Zainal
6Ahli Jawatankuasa1. Encik Jamal Khir bin Hashim 

2. Encik Shahrul Amam Zaki 

3. Encik Mat Zin bin Hussain

4. Encik Sharji bin Jasi Khan

5. Encik Azizi bin Abdul Aziz

6. Puan Sarimah binti Sarman
7.Ahli Jawatankuasa (Lantikan)  1. Encik Zamri bin Tahir

2.Encik Zulkarnain bin Zainal

3. Encik Norizan bin Besar

4. Puan Salina binti Mahmud
8Pemeriksa Kira-kira1. Tuan Haji Wahi bin Ahmad

2. Tuan Haji Khalid bin Abdullah

Seterusnya ucapan penangguhan dan upacan alu-aluan daripada Pengerusi baru.


Agenda diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan tengahari.


Diharap semua AJK yang dipilih dan yang dilantik dapat menerima tanggungjawab dan memberi khidmat dengan baik walaupun ia merupakan tugas dan tanggungjawab sukarela. Kepada ahli-ahli PPPBCJ juga dapat memberi sokongan ke atas apa jua program yang dianjurkan oleh persatuan. Semoga kecerian dapat dinikmati semua ahli dan penduduk.

21 Jun 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PPPBCJ KE-12


MESYUARAT AGUNG PPPBCJ KE-12

Tarikh   : 23 JUN 2013 

Jam       : 9.00 pagi 

Tempat : Padang Permainan Fasa 2B 

 Agenda

9.00 pagi    - Pendaftaran 
                    - Ucapan Pengerusi Majlis 
                    - Bacaan Doa 
                    - Ucapan Pengerusi PPPBCJ 2011/2013 
                    - Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 

10.00 pagi - Mesyuarat Agung PPPBCJ ke-12 
                    - Ucapan Penangguhan 
                    - Sesi Cabutan Bertuah 

12.30 tgh   - Jamuan dan Bersurai 

Semua ahli dijemput hadir.
Hanya ahli sahaja yang layak mengundi.
Diharap ahli dapat menjelaskan yuran keahlian yang tertunggak.

19 Jun 2013

LAWATAN PENILAIAN MPKj KE TAMAN CHERAS JAYA


Lawatan Ahli Panel Penilai MPKj bagi pertandingan kecerian dan keindahan taman telah diadakan pada hari Selasa 18 Jun 2013. Beberapa AJK PPPBCJ telah meraikan lawatan ahli panel tersebut ke Padang Permainan Fasa 2B dan sekitarnya. Lawatan ini ekoran penyertaan PPPBCJ dalam pertandingan tersebut. Semoga PPPBCJ berjaya memperolehi salah-satu hadiah yang disediakan.