Mesyuarat Agung PPPBCJ Ke-12 telah diadakan pada 23 Jun 2013 bertempat di Padang Permainan Fasa 2B. Mesyuarat Agung ke-12 ini ada pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2013-2015.
Agenda dimulakan dengan pendaftaran kehadiran. Kutipan yuran tahunan keahlian turut diadakan. Pada masa yang sama, PPPBCJ membuka permohonan keahlian kepada penduduk setempat untuk menjadi ahli.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan disusuli dengan bacaan doa oleh Imam 2, Masjid Taman Cheras Jaya, Y.Bhg. Imam Hj Mohamad Nah.
Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi PPPBCJ sesi 2011/2013.
Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2012. Anugerah diterima oleh ibubapa mereka kerana pada masa ini semua pelajar tersebut sedang berada di Universiti dan Kolej
Mesyuarat Agung PPPBCJ bermula pada jam 10.00 pagi. Beberapa usul dan cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli yang hadir.
Seterusnya adalah agenda yang dinantikan iaitu proses pemilihan ahli jawatankuasa baru sesi 2013/2013. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :
1. | Pengerusi | Encik Mohamad Ibrahim bin Ghazali |
2. | Timbalan Pengerusi | Datuk Mustapa bin Mat Yassin |
3. | Setiausaha | Encik Zaini bin Marzuki |
4. | Penolong Setiausaha | Encik Zulkipli bin Othman |
5. | Bendahari | Tuan Haji Aminuddin bin Zainal |
6 | Ahli Jawatankuasa | 1. Encik Jamal Khir bin Hashim |
2. Encik Shahrul Amam Zaki | ||
3. Encik Mat Zin bin Hussain | ||
4. Encik Sharji bin Jasi Khan | ||
5. Encik Azizi bin Abdul Aziz | ||
6. Puan Sarimah binti Sarman | ||
7. | Ahli Jawatankuasa (Lantikan) | 1. Encik Zamri bin Tahir |
2.Encik Zulkarnain bin Zainal | ||
3. Encik Norizan bin Besar | ||
4. Puan Salina binti Mahmud | ||
8 | Pemeriksa Kira-kira | 1. Tuan Haji Wahi bin Ahmad |
2. Tuan Haji Khalid bin Abdullah |
Seterusnya ucapan penangguhan dan upacan alu-aluan daripada Pengerusi baru.
Agenda diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan tengahari.
Agenda diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan tengahari.
Diharap semua AJK yang dipilih dan yang dilantik dapat menerima tanggungjawab dan memberi khidmat dengan baik walaupun ia merupakan tugas dan tanggungjawab sukarela. Kepada ahli-ahli PPPBCJ juga dapat memberi sokongan ke atas apa jua program yang dianjurkan oleh persatuan. Semoga kecerian dapat dinikmati semua ahli dan penduduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan