27 Jun 2013

MESYUARAT AGUNG PPPBCJ KE-12


Mesyuarat Agung PPPBCJ Ke-12 telah diadakan pada 23 Jun 2013 bertempat di Padang Permainan Fasa 2B. Mesyuarat Agung ke-12 ini ada pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2013-2015.

Agenda dimulakan dengan pendaftaran kehadiran. Kutipan yuran tahunan keahlian turut diadakan. Pada masa yang sama, PPPBCJ membuka permohonan keahlian kepada penduduk setempat untuk menjadi ahli.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan disusuli dengan bacaan doa oleh Imam 2, Masjid Taman Cheras Jaya, Y.Bhg. Imam Hj Mohamad Nah.


Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi PPPBCJ sesi 2011/2013.

Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2012. Anugerah diterima oleh ibubapa mereka kerana pada masa ini semua pelajar tersebut sedang berada di Universiti dan Kolej

Mesyuarat Agung PPPBCJ bermula pada jam 10.00 pagi. Beberapa usul dan cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli yang hadir.

Seterusnya adalah agenda yang dinantikan iaitu proses pemilihan ahli jawatankuasa baru sesi 2013/2013. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :


1.PengerusiEncik Mohamad Ibrahim bin Ghazali
2.Timbalan PengerusiDatuk Mustapa bin Mat Yassin
3.SetiausahaEncik Zaini bin Marzuki
4.Penolong Setiausaha        Encik Zulkipli bin Othman
5.BendahariTuan Haji Aminuddin bin Zainal
6Ahli Jawatankuasa1. Encik Jamal Khir bin Hashim 

2. Encik Shahrul Amam Zaki 

3. Encik Mat Zin bin Hussain

4. Encik Sharji bin Jasi Khan

5. Encik Azizi bin Abdul Aziz

6. Puan Sarimah binti Sarman
7.Ahli Jawatankuasa (Lantikan)  1. Encik Zamri bin Tahir

2.Encik Zulkarnain bin Zainal

3. Encik Norizan bin Besar

4. Puan Salina binti Mahmud
8Pemeriksa Kira-kira1. Tuan Haji Wahi bin Ahmad

2. Tuan Haji Khalid bin Abdullah

Seterusnya ucapan penangguhan dan upacan alu-aluan daripada Pengerusi baru.


Agenda diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan tengahari.


Diharap semua AJK yang dipilih dan yang dilantik dapat menerima tanggungjawab dan memberi khidmat dengan baik walaupun ia merupakan tugas dan tanggungjawab sukarela. Kepada ahli-ahli PPPBCJ juga dapat memberi sokongan ke atas apa jua program yang dianjurkan oleh persatuan. Semoga kecerian dapat dinikmati semua ahli dan penduduk.

21 Jun 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PPPBCJ KE-12


MESYUARAT AGUNG PPPBCJ KE-12

Tarikh   : 23 JUN 2013 

Jam       : 9.00 pagi 

Tempat : Padang Permainan Fasa 2B 

 Agenda

9.00 pagi    - Pendaftaran 
                    - Ucapan Pengerusi Majlis 
                    - Bacaan Doa 
                    - Ucapan Pengerusi PPPBCJ 2011/2013 
                    - Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 

10.00 pagi - Mesyuarat Agung PPPBCJ ke-12 
                    - Ucapan Penangguhan 
                    - Sesi Cabutan Bertuah 

12.30 tgh   - Jamuan dan Bersurai 

Semua ahli dijemput hadir.
Hanya ahli sahaja yang layak mengundi.
Diharap ahli dapat menjelaskan yuran keahlian yang tertunggak.

19 Jun 2013

LAWATAN PENILAIAN MPKj KE TAMAN CHERAS JAYA


Lawatan Ahli Panel Penilai MPKj bagi pertandingan kecerian dan keindahan taman telah diadakan pada hari Selasa 18 Jun 2013. Beberapa AJK PPPBCJ telah meraikan lawatan ahli panel tersebut ke Padang Permainan Fasa 2B dan sekitarnya. Lawatan ini ekoran penyertaan PPPBCJ dalam pertandingan tersebut. Semoga PPPBCJ berjaya memperolehi salah-satu hadiah yang disediakan.

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH PADANG PERMAINANAN FASA 2B


Aktiviti gotong-royong membersihkan Padang Permainan Fasa 2B bersama-sama ahli-ahli dan penduduk Taman Cheras Jaya telah diadakan pada 16 Jun 2013. 

Alhamdulillah ramai juga yang turun dalam aktiviti ini. Semangat berkerjasama, rasa tanggungjawab dan keprihatinan semua ahli dan penduduk bagi demi mempastikan persekitaran taman adalah bersih dan indah dipandang terutama kawasan padang permainan ini amat dialu-alukan.

Aktiviti dimulakan dengan sedikit senaman ringan.



 


Aktiviti ini juga adalah semperna pertandingan keindahan taman anjuran Majlis Perbandaran Kajang. Semoga dengan penyertaan persatuan dalam pertandingan ini serta semangat semua ahli, diharap PPPBCJ boleh memenangi salah satu hadiah yang disediakan. Yang lebih penting pada aktiviti ini, dapat memupuk semangat kejiranan dikalangan ahli dan penduduk Taman Cheras Jaya.

02 Jun 2013

PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN EN. AZIZI DAN PN SUZANA

Majlis perkahwinan anak perempuan En. Azizi dan Pn. Suzana telah berlansung pada hari Sabtu 1 Jun 2013 bertempat di rumah beliau di Taman Cheras Jaya. Menantu beliau berasal dari Jitra, Kedah.


PPPBCJ telah dijemput untuk membantu menjayakan majlis tersebut.



PPPBCJ mengucapkan tahniah kepada En. Azizi dan Pn. Suzana kerana menerima menantu. Semoga perkahwinan anak mereka kekal bahagia ke akhir hayat.